Home » » Cara Menggunakan Kondom

Cara Menggunakan Kondom

22 Apr 2013 0 comments


SEKS YANG SELAMAT ialah seks tanpa pemindahan air mani, cecair faraj atau darah di antara anda dengan pasangan anda. HIV/STD tidak dapat menembusi kulit yang sihat dan tidak berluka. Jumlah virus HIV di dalam air liur dan air mazi tidak mencukupi untuk menyebabkan jangkitan. Setakat ini, tiada sesiapa yang pernah dijangkiti HIV melalui ciuman.
Petua menggunakan kondom
  1. Gunakan kondom yang bermutu baik, periksa tarikh luput.
  2. Jika anda tidak biasa mengunakan kondom, berlatihlah. Cubalah sendiri atau dengan bantuan pasangan anda.
  3. Gunakan pelincir yang berasaskan air seperti KY. Jangan guna pelincir yang berasaskan minyak seperti vaselin atau krim muka. Minyak boleh merosakkan kondom.
  4. Bubuh sedikit pelincir ke dalam puting kondom untuk meningkatkan sensiviti.
  5. Picit puting kondom supaya tiada udara di dalamnya dan pasangkan pada zakar yang tegang. Masukkan gulungan kondom itu sehingga pangkal zakar.
  6. Sapukan lebih lagi KY pada bahagian luar kondom yang dipasangkan itu.
  7. Selepas memancut, peganglah pangkal kondom dan tarik keluar zakar semasa ia masih tegang. Tanggalkan kondom itu dengan cermat.
  8. Ada berbagai jenis kondom yang anda boleh cuba. Pilihlah yang baik dan bersesuian dengan anda
Tolong Dermakan Klik Nuffnang Anda Dibawah...Terimakasih

0 comments:

Catat Ulasan