Nafsu Seks Wanita Pertengahan Usia Lebih Kuat

21 Okt 2012 0 comments
Satu kajian terbaru di Amerika Syarikat (AS) mendapati wanita suka menikmati seks semasa usia mereka menghampiri 40 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan ahli akademik Universiti Texas itu menyatakan nafsu seks wanita lebih tinggi pada peringkat usia 30-an dan awal 40-an disebabkan faktor psikologi.

Pada usia tersebut, wanita menyedari mereka semakin menghampiri menopaus yang mengurangkan tahap kesuburan dan peluang mendapatkan anak sekali gus menyebabkan keinginan seks mereka meningkat.

Kajian berbentuk kaji selidik itu melibatkan hampir 900 wanita yang dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu responden dengan kesuburan tertinggi (berusia 19 tahun hingga 26 tahun), mereka yang tahap kesuburannya menurun (berusia di antara 27 tahun hingga 45 tahun) dan golongan yang menghampiri atau telah mengalami menopaus.

“Hasil kajian menunjukkan wanita dengan tahap kesuburan menurun sebenarnya memiliki keinginan seks yang lebih tinggi dan lebih aktif melakukan hubungans eks berbanding wanita subur,” kata seorang penyelidik berkenaan, Profesor David Buss.
Menurutnya, wanita pertengahan usia juga lebih kerap berfantasi mengenai seks berbanding wanita muda di samping lebih cenderung menjalin hubungan sulit terutamanya dengan lelaki lebih muda.

“Saya kerap mendapati wanita berusia lewat 30-an lebih gemar ‘berseronok’ (terbabit dalam aktiviti seks). Mungkin keadaan ini berlaku tanpa disedari mereka atau mereka sedar mengenainya,” kata seorang pakar seks, Dr. Pam Spurr. – Agensi
sumber

6 Cara Menambah Bilangan Sperma

14 Okt 2012 0 comments
Artikel blog post pada minggu ini saya ingin kongsikan sesuatu yang boleh dikatakan agak serius jika tidak diambil berat hal ini. Ianya berkaitan mengenai kesuburan kaum Adam atau lelaki. Hah, adakah anda bro-bro di luar sana benar-benar yakin yang diri anda tu subur? :-) Kesuburan seseorang lelaki itu dipengaruhi oleh kuantiti dan kualiti sel sperma yang dihasilkan di testis.Satu petanda yang mudah untuk kita lihat jika sepasang suami-isteri itu mengalami masalah kesuburan ialah dengan melihat kemampuan mereka untuk menimang cahaya mata. Bayangkan setelah setahun lebih anda berkahwin tapi anda masih gagal hamil (bagi isteri). Adakah ianya disebabkan oleh si isteri?
Tak semestinya. Kaum lelaki turut ada risiko untuk mengalami masalah ketidaksuburan. Bayangkan jika setelah anda lakukan ujian kesuburan di hospital dan doktor mengesahkan anda (suami) tidak subur! Bilangan sperma anda tak cukup atau tidak sihat dalam kata lain.
Usah risau, dalam artikel ini, saya kongsikan bersama anda 6 cara bagaimana anda boleh menambah bilangan sperma anda.
  • Tingkatkan pengambilan makanan kaya dengan unsur zat besi (zinc). Contoh makanan yang tinggi kandungan zinc ialah tiram. Selain itu banyakkan memakan daging kambing, lembu, kekacang dan majerin sunflower. Satu lagi jenis makanan yang tidak kurang pentingnya juga ialah tomato. Tomato mengandungi unsur lycopene yang mampu meningkatkan bilangan sperma.
  • Amalkan pemakanan vitamin dan herba yang boleh meningkatkan penghasilan sperma. Contohnya seperti vitamin C dan E di mana ianya mampu meningkatkan keupayaan sperma untuk berenang dan bergerak. Bagi herba pula anda boleh pergi ke kedai farmasi dan cari suplemen yang kaya dengan maca, ginkgo biloba, muira puama atau horny goat weed (epimedium).
  • Lakukan Senaman Kegel. Senaman Kegel ialah senaman bagi mengemut otot PC anda (otot ketika anda tahan kecing). Ianya mampu bukan sahaja menambahkan isipadu pancutan sperma malah dapat juga memberi kemampuan anda menahan dan mengawal pancutan ari mani anda ketika bersama isteri.
  • Pastikan anda setiasa terhidrasi. Maksudnya, banyakkan meminum air kosong bagi mengelakkan sel-sel dalam badan anda kering. Minumlah sekurang-kurangnya 6 gelas air kosong sehari. Elakkan meminum kopi yang banyak kerana ianya akan membuatkan sel-sel sperma anda ter-dehidrasi iaitu kehilangan air dalam sel.
  • Kerapkan lakukan hubungan intim bersama isteri anda. Ya, memang apa yang anda baca ini benar. Anda perlulah banyakkan hubungan intim bersama isteri anda untuk meningkatkan lagi kebarangkalian agar persenyawaan sperma anda dan ovum isteri anda boleh berlaku. Sel sperma hanya mampu bertahan dan subur setiap 24-36 jam sekali. Selepas tempoh masa tersebut, sel-sel sperma akan ‘dikitar semula’ dan akan menghasilkan semula sel-sel sperma yang baru di mana ianya akan mencapai tahap kematangan 24-36 jam seterusnya.
  • Rajin bersenam. Tak perlu anda menjadi seperti seorang atlet atau pemain bola sepak bertaraf dunia. Hanya sekadar berjogging pun sudah memadai. Senaman mampu meningkatkan kadar pengaliran darah ke bahagian zakar anda serta meningkatkan tahap testosterone. Apa yang pastinya, senaman ialah baik untuk kesihatan seks anda.
Demikianlah beberapa tips yang boleh anda cuba amalkan dalam meningkatkan tahap kesuburan anda sebagai seorang lelaki. InsyaAllah, dengan usaha yang betul dan doa yang tidak putus-putus, anda mampu juga menimang cahaya mata seperti yang anda idam-idamkan.
Untuk lebih banyak lagi panduan dan tips dalam meningkatkan tahap kesuburan lelaki, anda boleh layari laman web LelakiSubur.Com ini. Klik sini untuk lebih lanjut. Terdapat satu panduan lengkap yang mampu memberi anda panduan langkah-demi-langkah bagaimana anda boleh tingkatkan kesuburan anda.
Jangan lupa untuk Share kan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook atau dimana-mana ya jika anda rasakan ianya bermanfaat. Hanya klik butang Share berwarna biru di bawah artikel ini.

Tak Puas Seks Punca Keretakkan Rumahtangga

11 Okt 2012 0 comments
Tahukah anda bahawa kegagalan mencapai kepuasan seks (di kalangan para isteri terutamnya) merupakan punca utama yang boleh menyebabkan keretakan rumahtangga di Malaysia ini. Walaubagaimanapun, kebanyakkan pasangan suami-isteri di Malaysia ini memilih untuk merahsiakan perkara daripada umum. Mereka diam-diam je.Ketua Klinik Kesihatan Lelaki Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Prof. Madya Saiful Bahari berkata, masalah masalah ejakulasi pramatang yang dihadapi kebanyakan lelaki merupakan masalah utama namun kaum itu lebih suka berdiam diri daripada mencari jalan penyelesaian.Katanya, hasil kaji selidik yang dijalankan mendapati kaum lelaki menganggap perkara tersebut adalah sesuatu yang bersifat taboo dan perlu dipendam.

Jelasnya, kaum wanita pula lebih rela menderita daripada membincangkannya secara terbuka untuk menjaga perasaan pasangan masing-masing.
“Saya pernah berjumpa dengan pasangan yang sudah berkahwin selama empat tahun tetapi tidak pernah mendapat kepuasan seks ekoran suami yang gagal mengawal diri ketika hubungan kelamin sehingga mencapai ejakulasi terlalu awal.
“Malah ada yang gagal bertahan walaupun untuk satu minit menyebabkan isteri yang mempunyai kepuasan seks yang lebih tinggi kecewa sehingga mendorong kepada berlakunya krisis dalam hubungan antara pasangan,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Menurut Saiful, masalah tersebut hanya boleh dikawal melalui minda masing-masing ketika menjalin hubungan namun ramai yang gagal dalam proses tersebut.
Jelasnya, ia boleh diatasi melalui hubungan kelamin yang kerap antara pasangan tetapi dengan faktor komitmen terhadap kerja masing-masing perkara tersebut seolah-olah sesuatu yang ‘mustahil’.
Berikut merupakan beberapa kajian dan fakta yang patut kita sebagai bakal menjadi suami atau isteri renung-renungkannya:
Sebuah kajian yang bertajuk Kajian Ejakulasi Pramatang, Persepsi dan Sikap (PEPE), hampir 29% rakyat Malaysia berumur 19-60 tahun mengalami masalah ejakulasi pra-matang tersebut. Menurut kajian tersebut lagi, jumlah itu akan meningkat pada masa akan datang sekiranya kaum lelaki gagal melakukan hubungan seks secara kerap dan menyihatkan (boleh tahan lebih lama atas ranjang).
Pertubuhuan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan bahawa 25-33% kaum lelaki mengalami masalah tersebut malah kebanyakkannya mencapai ejakulasi terlalu awal dan di luar kawalan.
Menurut kamus perubatan, ejakulasi pra-matang adalah tahap orgasma terlalu awal yang dicapai oleh seseorang ketika bersenggama walaupun kedua-dua pasangan mahu ia berlaku lebih lewat lagi.
Jelas beliau lagi, kaum wanita yang mempunyai pengalaman terhadap perkara ini pada pasangan mereka lebih terbuka untuk meluahkan masalah tersebut sekiranya ditemu bual secara peribadi.
“Ia sangat bertentangan dengan kaum Adam yang suka menafikannya walaupun temu bual diadakan secara empat mata.
“Ini adalah perkara biasa bagi kaum tersebut dan jika tidak dikawal ia akan memberi kesan psikologi yang mendalam terhadap mereka dan akan membawa keburukan,” tambah beliau.
Buat bakal-bakal yang bergelar suami tu, dah bersediakan anda untuk memastikan masalah ejakulasi pra-matang ini daripada terjadi ketika malam pertama pengantin anda. Usah risau, anda boleh dapatkan satu panduan lengkap yang boleh memberi anda persediaan yang cukup bagi menghadapi malam pertama anda. Klik sini untuk maklumat lanjut.
sumber

Adakah ‘Lebih Lama’, Lebih Puas?

9 Okt 2012 0 comments
Satu perkara yang perlu anda ingat sebagai pasangan suami-isteri ketika melayari bahtera perkahwinan adalah seks itu memang penting akan tetapi ia bukanlah satu-satunya pengukur kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Ia merupakan pelengkap yang boleh mengeratkan hubungan kasih-sayang anda bersama pasangan serta mengekalkan rasa cinta diantara anda berdua. Akan tetapi, seks tidak boleh dalam yang sama juga anda ambil ringan jika anda tidak mendapat kepuasan melaluinya. Anda tak boleh berdiam diri dan hanya membisu. Dalam artikel ini, saya berkongsi bersama anda berkenaan persoalan adakah lebih lama ketika di ranjang, lebih puas? Tentu anda biasa dengar dengan pendapat, lebih lama jangka masa seks dilakukan bersama pasangan, leibh baik dan puas. Ada yang cakap perlu 30 minit, ada yang kata perlu sekurang-kurangnya 45 minit, malah anda juga pendapatan yang mengatakan lebih daripada sejam. Hakikatnya yang sebenarnya ialah jangka masa yang lama bukanlah kayu pengukur untuk menentukan samada kepuasan seks diantara pasangan suami-isteri dapat dicapai. Mengikut kajian yang dilakukan di US, tempoh masa yang normal untuk seseorang itu tak kira suami atau isteri mencapai kepuasan dalam hubungan seks ialah hanyalah 30 minit. Ya, memang sebenarnya isteri anda pun mampu mencapai kepuasan dan orgasma dalam masa kurang 30 minit. Wanita hanya memerlukan masa 30 minit untuk mencapai orgasma. Jika tidak, ada kemungkinan besar, isteri anda mempunyai sedikit masalah dari segi penerimaan rangsangan seksual atau kedinginan seks. Begitu juga bagi lelaki. Jika si suami tidak mampu berejakulasi kurang dari 30 minit, ada kemungkinan besar dia mengalami masalah seperti mati pucuk. Apa yang penting, bukanlah kuantiti masa yang menjadi keutamaan. Yang penting dalam hubungan seks suami-isteri ialah kualiti dan kepuasan yang dicapai bersama.
Sumber

Faedah Mengetahui Anggota Untuk Bersetubuh

5 Okt 2012 0 comments
bersetubuhFaedah Mengetahui Anggota Untuk Bersetubuh.Apa maksud Anggota untuk bersetubuh?Pasti anda beranggapan dua anggota utama untuk bersetubuh adalah zakar dan faraj.Anggapan itu adalah tidak tepat kerana anggota bersetubuh tidak terhenti kepada dua anggota itu saja. Ia meliputi keseluruhan tubuh badan manusia yang zahir dan yang tersembunyi.Otak dan perasaan adalah juga anggota bersetubuh. Telaga Kalkautsar iaitu istilah yang biasa digunakan oleh orang tua-tua Melayu bagi langit-langit tekak adalah juga anggota bersetubuh.Besi Khursani iaitu istilah yang secara umumnya bermaksud tenaga batin yang berada di dalam badan manusia adalah juga anggota bersetubuh.Pada tubuh badan suami mahupun isteri itu terdapat lubuk-lubuk di mana rangsangan dilakukan sebelum istimta, ketika istimta, semasa jimak dan setelah bersetubuh.Ini termasuk juga penglihatan dan pendengaran, lubuk- lubuk keghairahan seperti telinga, mulut, kerongkong, tengkuk, celah peha, daging manis di pinggang, puting payudara, ibu jari kaki dan lainnya termasuk zakar dan faraj.

Maka jika dianggap bahawa hanya zakar dan faraj saja sebagai anggota bersetubuh  ia adalah anggapan yang sempit.Mengetahui anggota bersetubuh mempunyai faedah yang besar. Dengan itu akan dapat difahami akan tugasnya dalam menjayakan bersetubuh yang berkesan. Sifat-sifat anggota bersetubuh dan kaedah bagaimana ianya boleh dirangsang dan merangsang perlu diketahui agar suami boleh memberikan kenikmatan dan inzal kepada isteri. Isteri pula mampu melayani suami dengan baik.Seksologi Barat membincangkan mengenai anggota jimak/bersetubuh dari sudut moden. Namun begitu ada antara anggota jimak tidak menjadi fokus di Barat dan hanya diketahui oleh Islam atau masyarakat Timur.Beberapa contoh ialah Makam Yang Lima, fungsi dan kelebihan Biji Zakar, fungsi dan kelebihan Urat Jarum, kaedah- kaedah rangsangan Istimta’ yang bertertib serta penuh rahsia, Tiga Lubuk Nafsu, Rahsia Peredaran Mani (Nafsu) menurut Islam dan sebagainya.Pengetahuan yang agak terperinci mengenai hal ini menjadi asas bagi menjayakan jimak dengan berkesan tanpa menyakiti perasaan pasangan. Faktor ini penting kerana jimak bukanlah bertujuan bagi memuaskan syahwat diri semata-mata.Nafkah batin perlu diberikan dengan baik, lemah lembut dan bertertib serta sesuai dengan masa dan tempatnya. Seperti kata orang tua-tua Melayu nafkah batin itu seolah-olah mencari lauk-pauk kepada isteri, pertamanya perlu diketahui kesukaannya, keduanya perlulah dirancang agar tidaklah hanya mencari lauk yang serupa setiap hari kerana ia menjemukan.
sumber