Memaparkan catatan dengan label kesihatan wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan wanita. Papar semua catatan

Lendiran Dari Faraj

27 Apr 2013 0 comments
Lendiran dari faraj adalah salah satu simptom yang biasa dialami oleh kebanyakkan wanita. Sejarah seksual penting dan kerap ditanya oleh para doktor sebelum memulakan rawatan. Ada banyak sebab lendiran dari faraj berlaku seperti tersenarai di bawah. 
Sebab-Sebab
Sebab-sebab lendiran boleh dibahagikan kepada penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Sebab-sebab berjangkit yang kerap (common) adalah seperti Bacterial Vaginosis, Infeksi Candida (kulat), Chlamydia trachomatis, Nesseria gonorrhoea dan infeksi Trichomonas vaginalis. Chlamydia trachomatis, Nesseria gonorrhoea dan infeksi Trichomonas vaginalis adalah penyakit kelamin.(Hyperlink ke Penyakit Kelamin). 
Sebab-sebab yang tidak berjangkit pula adalah seperti sebab-sebab fisiologi badan, ektropion serviks (pangkal rahim), polip serviks, benda asing di dalam faraj atau alahan (alergi).
Bacterial vaginosis (BV)
Selalunya berlaku kepada 10-30% wanita dalam usia reproduktif mereka. Di dalam faraj seseorang wanita terdapat bakteria ‘baik’ (lactobacillus) yang bertugas mengimbangi keadaan asidik sejurus memberi pelindungan dalam faraj dari bakteria yang berbahaya. BV terhasil apabila bakteria ‘jahat’ seperti Gardnerella vaginalis dan genital mycoplasma tumbuh lebih banyak dari bakteria ‘baik’ lactobacillus. Wanita berisiko tinggi untuk mendapat BV termasuk wanita yang muda (remaja), pengamal vaginal douching (kerap membasuh faraj dengan air atau sabun), IUCD (alat mencegah mengandung dalam rahim) dan mereka yang mempunyai ramai pasangan seks. 
50% daripada BV tiada gejala. Bagi mereka yang mengalami gejala, selalunya akan mempunyai lendiran putih-keputihan yang banyak dan berbau busuk. Gejala ini lebih teruk selepas hubungan seksual atau selepas haid. Faraj dan kawasan kemaluan selalunya tidak bengkak. 
Diagnosa 
Doktor akan mengambil swab dari faraj (vaginal swab - menggunakan putik kapas) dan mengujinya dibawah mikroskop atau mencampurnya dengan satu stain yang khas di atas slaid kaca. 
Rawatan BV 
Antibiotik seperti Metronidazole dimakan selama seminggu (selamat semasa mengandung) selalunya cukup untuk rawatan. Hubungan seks tidak digalakkan semasa rawatan dan suami pesakit tidak perlu dirawat sekali. Hubungan seks bebas tidak digalakkan. 
Infeksi Candida (Kulat)
Dua pertiga dari wanita akan mengalami masalah ini. Majoriti organisma yang bertanggung jawab adalah sejenis kulat (Candida albican). 50% dari mereka yang berjangkit mengadu gatal di bahagian faraj (Pruritis). Lendiran putih pekat (seperti dadih), tidak berbau dan menyebabkan faraj melecet dan sakit semasa hubungan kelamin. Wanita yang berisiko adalah yang mengandung, mempunyai kencing manis ataupun mengambil antibiotik bagi jangkamasa yang panjang. 
Diagnosa 
Doktor akan mengambil swab dari dalam faraj. Lebih dari separuh kes akan menunjukkan pseudohyphae atau spora di bawah mikroskop. Cara yang lebih sensitif adalah mengkulturkan organisma tersebut menggunakan agar-agar Sabourand's media. 
Rawatan 
Ubat anti-fungal (anti-kulat) yang dimakan atau dimasukkan ke dalam faraj merupakan rawatan efektif untuk kebanyakkan wanita. Pesakit mengambilnya selama dari seminggu hingga 14 hari. Penyakit ini boleh datang kembali selepas rawatan dan ini memerlukan rawatan sehingga 6 bulan. Hubungan seks tidak digalakkan semasa rawatan dan suami pesakit tidak perlu dirawat sekali. Hubungan seks bebas tidak digalakkan.  
Chlamydia trachomatis 
Penyakit ini kerap menjangkiti pesakit yang berumur 25 tahun ke atas. Organismanya bukan bakteria atau virus tetapi suka tinggal di dalam sel-sel faraj pesakit. Penyakit ini boleh menjangkiti salur kencing dan pangkal rahim termasuk konjuktiva, mulut dan tekak. Ia merupakan pesakit kelamin yang boleh membawa kepada kesukaran mengandung.
Simptom dan tanda-tanda. 
Lendiran bernanah, sakit bahagian ari-ari, pendarahan selepas hubungan seks, pendarahan di antara dua haid dan radang serviks adalah antara simptom-simptom penyakit ini. Walau bagaimanapun, kebanyakkan wanita tidak mengalami apa-apa tanda. 
Diagnosa 
Doktor akan mengambil swab dari faraj dan salur air kencing. Swab ini dihantar ke makmal untuk ujikaji. Tidak semua hospital kerajaan memberi perkhidmatan ini kerana kos ujikajinya yang mahal. 
Komplikasi 
Chlamydia Infeksi boleh 'naik' ke dalam rahim menyebabkan radang pangkal rahim, rahim, tiub dan alat kelamin wanita. Pesakit juga akan mengalami sakit di bahagian ari-ari dan perut yang kronik. Tiub saluran Fallopian boleh tersumbat menyebabkan mengandung luar rahim atau ketidaksuburan. 
Rawatan 
Makan Ubat antibiotik boleh merawat penyakit ini. Suami pesakit perlu dirawat sekali. Pesakit dinasihati tidak melakukan hubungan seks semasa rawatan. Hubungan seks bebas tidak digalakkan. 
Nesseria gonorrhoea
Gonorrhoea adalah penyakit kelamin yang disebabkan oleh organisma N. Gonorrhoea. Pesakit selalunya tidak mempunyai simptom tetapi bagi mereka yang bersimptom, akan mengalami lendiran faraj yang selalunya banyak, bernanah dan sakit di bahagian ari-ari. Kadangkala mereka mengalami pendarahan faraj selepas haid atau selepas hubungan seks. Komplikasi jangkitan semasa mengandung boleh membawa kepada kelahiran pra-matang. 
Diagnosa 
Doktor akan mengambil swab dari dalam faraj dan menghantarnya ke makmal untuk ujikaji. 
Komplikasi 
Komplikasi sama seperti Chlamydia. Jangkitan dari faraj boleh merebak ke dalam rahim menyebabkan radang pangkal rahim, rahim dan tiub. Ia boleh menyebabkan tiub rosak dan tersumbat. Ini boleh membawa kepada komplikasi mengandung luar rahim dan ketidaksuburan. 
Rawatan
Makan atau suntikan ubat antibiotik boleh merawat penyakit ini. Suami pesakit perlu dirawat sekali. Pasangan tersebut dinasihati tidak melakukan hubungan seks semasa rawatan. Hubungan seks bebas tidak digalakkan.
Trichomonas vaginalis (T.V.)
T. vaginalis adalah penyakit kelamin yang melibatkan hingga 30% wanita yang aktif seks di negara-negara membangun. Organisma yang bertanggung jawab adalah protozoa yang hanya terdapat di dalam faraj wanita. Seseorang yang mendapat infeksi T.V. akan mengalami bengkak faraj, lendiran yang berwarna hijau (atau apa-apa warna) yang berbuih. Infeksi tersebut boleh merebak ke dalam rahim menyebabkan bengkak pangkal rahim, rahim, tiub dan radang alat kelamin. Pesakit juga boleh mengalami gatal faraj dan di bahagian kemaluan. Simptom selalunya lebih teruk semasa haid atau sejurus selepas haid. 
Diagnosa 
Doktor akan mengambil swab dari faraj dan akan menyapu sedikit di atas slaid kaca. Organisma T.V. boleh dikesan semasa ujian pap smear. 
Rawatan 
Ubat antibiotik seperti Metronidazole boleh merawat penyakit ini. Suami pesakit perlu dirawat sekali. Pasangan suami isteri tersebut dinasihati tidak melakukan hubungan seks semasa rawatan. Hubungan seks bebas tidak digalakkan.
Lendiran fisiologi 'biasa'
Pesakit selalu bertanya "Apakah itu lendiran biasa?". Kebanyakkan wanita menganggap lendiran yang sedikit selagi tidak mempunyai simptom-simptom seperti tersebut di atas adalah normal (biasa). Selalunya ia berlaku pada fasa luteal (masa subur) pusingan haid dan berkurangan pada hari-hari hampir haid. Warnanya mungkin putih kekuningan atau jernih dan kuatitinya tidak banyak. Doktor akan membuat pemeriksaan rutin di bahagian faraj dan mendapati tidak terdapat apa-apa jangkitan, ia dikategorikan sebagai lendiran biasa (fisiologi).  
Info: http://www.infosihat.gov.my                                                                                                       
Semakan Akhir : 22 April 2008

Panduan Menjaga Alat Sulit Wanita

22 Apr 2013 0 comments
1) Adalah disyorkan agar membersihkan bahagian luar selepas buang air kecil atau air besar,seeloknya menggunakan air.


2) Ketika haid,wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah.Ini kerana darah merupakan media yang sesuai untuk kuman membiak.Bagi wanita yang menggunakan ‘tampon’mereka perlu ingat untuk menukarkannya.

3) Elakkan dari sering mengamalkan douching iatu iatu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj.Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bacteria loctobacili dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

4) Elakkan dari menggunakan sabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabka kekeringan dan iritasi kulit dan menjadi gatal.Sesetengah wanita sensitive dan alah pada pewangi dan buih sabun.

5) Pasangan suami isteri diggalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin untuk kebersihan yang optimum.Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurankan risikojangkitan kuman pada pundi kencing.

6) Seluar dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan ,lebih baik memakai penty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

7) Selain dari itu,bengkak nanah dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam.Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk menggeluarkan nanah dan pengambilan antibiotic.Bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur .Oleh itu kebersihan pencukur perlu dititikberatkan.

8)8) Wanita yang mengalami keputihan dengan penjagaan alat sulit seharusnya perlu tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit.Keputihan normal boleh berlaku pada waktu –waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid,ketika ghairah seks,kehamilan dan klimakterik ataupun selepas menopause.

9) Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih,putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah.Sekiranya keputihan terlalu banyak ,berketul-ketul kecil,gatal dan berbau,tanda-tanda bengkak,pedih atau sakit pada alat kelamin.Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim atau system peranakan,wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.

10) Seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doctor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak,supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit lebih serius.

11) Kebanyakan wanita sebenarnya tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan di atas diikut dengan bijak.Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.

12) Segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran.Mereka dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan sampingan,yang tidak mengubah ph faraj dan telah diuji kebersihannya.

13) Sekiranya selepas menggunakan produk tersebut dan timbul rasa gatal,pedih,kemerahan,wanita itu dinasihatkan tidak menggunakannya lagi dan berjumpalah doctor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Rahsia Selaput Dara Wanita

5 Apr 2013 0 comments
 Selaput Dara Wanita
Selaput Dara atau Dara itu adalah satu regangan daging nipis seperti bawang yang meregang di pintu masuk lubang faraj. Ia sukar dikenal pasti oleh mata kasar terutama oleh lelaki yang melihatnya buat pertama kali. Dara dianggap sebagai mahkota wanita semua bangsa di setiap zaman, hatta zaman moden dan zaman kemudian dari ini.
Sebagai lambang kesucian wanita, Dara juga dijaga dengan baik sebelum perkahwinan dan hanya diserahkan kepada suami yang tercinta untuk dipecahkan (dikoyakkan) dengan tusukan zakar semasa jimak malam pertama. Namun begitu tidaklah semua wanita dapat mempertahankan Dara.
Ia boleh terkoyak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja apatah lagi jika telah melakukan hubungan jenis sebelum pernikahan. Suatu hal yang patut diketahui ialah bahawa Dara boleh juga terkoyak walaupun tanpa melakukan persetubuhan.
Istilah gadis atau Anak Dara atau Bikir sebenarnya bermaksud sebagai wanita yang belum berkahwin. Walaupun begitu lelaki tetap mempunyai sifat keegoan. Ada yang menolak wanita yang dikahwini apabila didapati bahawa pada malam pertama berjimak isterinya telah tiada dara.
Sifat ini amat ketara dalam masyarakat Melayu zaman dahulu. Pada malam pertama suami akan dibekalkan oleh ibu si isteri dengan kain putih atau sapu tangan putih. Semasa melakukan jimak buat petama kali, Dara akan terkoyak dan sedikit darah bayu akan keluar.
Darah ini akan dikesat dengan menggunakan kain tersebut. Pada keesokan harinya kain itu akan diserahkan kepada ibu isteri sebagai tanda bahawa kedua-dua suami isteri tiada bermasalah. Si suami mempunyai zakar yang cukup tegang untuk memecahkan Dara sementara si isteri telah dapat mempertahankan mahkota kesuciannya sehingga pada ketika itu.
Tanda tersebut amat membanggakan kedua belah keluarga pengantin. Pada masa sekarang adat ini tidak dipraktikan lagi. Banyak atau sedikitnya darah yang keluar bergantung kepada bentuk dara. Jika mazi isteri banyak maka darah bayu akan bercampur pula dengan mazi. Jika darah amat sedikit maka ia tidak dapat dilihat dengan jelas.
Mungkin Dara terkoyak sedikit sahaja dan dari itu darahnya juga sedikit. Besar kemungkinan suami telah memecahkan dara tetapi tidak sedar akan fenomena ini kerana tiada tanda khusus yang dapat dikenal dan kalau pun ada cuma dari segi kesakitan isteri.
Namun ia hanyalah sedikit dan sebentar dan akan hilang dalam keghairahan isteri. Ada juga wanita Daranya bertaut kembali walaupun telah melakukan persetubuhan. Maka kaitan Dara dan kesucian hanyalah adat dan
bukanlah merupakan syarat yang sebenar.
BENTUK BENTUK SELAPUT DARA
Selaput dara sebenarnya sukar untuk dikenal pasti oleh seorang lelaki apatah lagi yang belum berpengalaman kerana ia berada bukan betul-betul di pintu faraj tetapi agak sedikit ke dalam. Terdapat pelbagai bentuk selaput dara.
Ada yang seperti kelopak bunga, ada yang seperti cincin, ada yang berlubang dua, ada yang berlubang banyak dan malah ada wanita yang memang tidak ada dara sejak dilahirkan. Sekiranya dara telah terkoyak iaitu kerana jimak atau tercedera akibat terjatuh dan sebagainya, selaput dara itu masih ada tetapi tidak lagi utuh atau mungkin ia bertaut kembali.
Namun begitu jika seoarang wanita telah melahirkan anak maka selaput daranya akan hilang. Berikut adalah bentuk-bentuk selaput dara bagi menambah pengetahuan:
selaput dara Selaput Dara Wanita

Pesanan Untuk Isteri-Isteri...

30 Dis 2011 0 comments
Hubungan seks suami isteri yang telah bertahun lama akan menyebabkan kebosanan kerana akibat rutin yang terjadi. Kerana hal tersebut maka di perlukan hal-hal yang boleh mengurangi kebosanan dalam hubungan seks. Kerana jika situasi kebosanan ini di biarkan maka akan mengurangi ghairah seks dan hal ini sangat berbahaya untuk rumahtangga.

Faktor yang boleh mendukung keharmonian hubungan suami isteri dalam hal bercinta/seks sangat banyak. Di antaranya adalah wangian dan pakaian dalam. Khusus pakaian dalam, wanita atau seorang istri di anjurkan untuk menggunakan pakaian dalam yang berwarna terang dan baru untuk meningkatkan ghairah suami. Secara psikologi pakaian dalam yang baru dan berbeza dari biasanya akan menimbulkan sesuatu yang berbeda dan suasana baru. Sementara secara visual pakaian dalam yang berwarna terang lebih ghairah dipandang mata. Usahakan agar seorang wanita atau istri memiliki banyak koleksi pakaian dalam dan kalau perlu selalu memiliki yang baru.

Pakaian dalam yang baru dan seksi mengoda akan dapat menaikkan ghairah suami dan mampu meningkatkan kualiti hubungan seks sehingga hubungan suami isteri semakin mesra dan harmoni.Di negara-negara maju atau negara barat sana, untuk membuat kejutan pada suami biasanya seorang istri akan mencuba tampil lain di atas ranjang. salah satunya dengan memakai pakaian dalam yang menggoda dan seindah mungkin..

Apa yang diperhatikan ramai isteri2 di Malaysia tidak menjaga pakaian dalam terutama pasangan yang dah kahwin lama. Seluar dalam menggelebeh, besar dan ada yang terkoyak sana-sini. Malah ada yang getah pun dah tercabut. Suami tengok pun dah tak berselera. Yang hairannya sanggup jemur pakaian dalamnya yang dah lusuh di luar rumah untuk tontonan awam.

Yang perlu diperhatikan dalam pemilihan pakaian dalam ini adalah harus di sesuaikan dengan selera pasangan masing-masing, mengingat ada berbagai macam pakaian dalam mulai dari bahannya sampai bentuknya. Jika tidak maka yang semula bertujuan untuk meningkatkan kemesraan malah tidak akan tercapai, karena sang suami tidak berselera setelah melihat pakaian dalam yang dipakai sang istri sangat tidak disukainya sehingga ghairahnya justru menurun.
Sumber

Panduan Menjaga Faraj Jangan Sampai Berkulat

25 Dis 2011 1 comments
Panduan menjaga faraj wanita jangan sampai berkulat

1.Adalah disyorkan agar anda membersihkan bahagian luar faraj selepas membuang air kecil atau air besar, seeloknya menggunakan air.

2. Ketika haid, anda dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah. Ini kerana darah merupakan media yang paling sesuai untuk kuman membiak. Bagi anda yang menggunakan tampon ( masih ada lagi ke zaman sekarang ? )"mereka perlu sentiasa beringat untuk menukarkannya.

3. Elakkan dari sering mengamalkan douching iatu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria loctobacili dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

4. Elakkan dari menggunakan sabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit dan akan menjadi gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada kandungan pewangi serta buih sabun.

5. Pasangan suami isteri digalakkan membersihkan alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin bagi menjamin kebersihan yang optimum. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.

6. Seluar dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari yang mengalami keputihan, lebih baik memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

7. Selain dari itu, bengkak nanah juga dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam. Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk menggeluarkan nanah dan pengambilan antibiotik. Bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur. Oleh itu kebersihan pencukur perlu dititik beratkan.

8. Wanita yang mengalami keputihan pada alat sulit seharusnya perlu tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit. Keputihan normal boleh berlaku pada waktu–waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid, ketika ghairah seks, kehamilan dan klimakterik ataupun selepas menopause.

9. Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih, putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, berketul-ketul kecil, gatal dan berbau, tanda-tanda bengkak, pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim atau sistem peranakan, wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.

10. Seelok-eloknya jika anda mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit lebih serius.

11. Kebanyakan wanita sebenarnya tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan di atas diikut dengan bijak. Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.

12. Segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Mereka dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan sampingan, yang tidak mengubah kadar PH faraj dan telah diuji kebersihannya.

13. Sekiranya selepas menggunakan produk tersebut dan timbul rasa gatal, pedih, kemerahan, wanita itu dinasihatkan tidak menggunakannya lagi dan berjumpalah doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

14. Gunakanlah kaedah bagaimana mendapatkan amalan atau petua serta penggunaan herba yang disyorkan yang boleh memuaskan hati suami. Bagaimana tembam,gebu,ketatkan serta bagi kelihatan menarik faraj merupakan tarikan kepada suami untuk terus bersama anda.