Memaparkan catatan dengan label Persediaan Sebelum mengandung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Persediaan Sebelum mengandung. Papar semua catatan

Tips Ibu Mengandung: Sesuaikan Evening Primrose Oil (EPO) untuk ibu mengandung?

24 Okt 2014 0 comments
Evening Primrose Oil atau bahasa singkatannya EPO amat terkenal dalam kalangan wanita di Malaysia kini. Supplement ini dikatakan dapat melegakan sindrom pra haid yang menyakitkan dan juga ia dapat meningkatkan peratusan wanita untuk hamil.

Evening Primrose Oil ini mengandungi struktur kimia gamma linolenic yang bertindak sebaga prekursor dalam penghasilan prostaglandin.

Kehadiran prostaglandin dalam badan kita akan mengubah beberapa kesan fisiologikal terhadap tubuh badan kita. Antara perubahan yang terhasil dengan kehadiran prostaglandin ini adalah mencetuskan tindakan pengecutan rahim (uterine contractions).

Menurut Panduan Kesihatan Ibu Hamil kesan yang dicetuskan oleh prostaglandin ini akan membantu para ibu untuk bersalin kelak.

Diakhir trimester atau pada 9 bulan kehamilan, ibu hamil digalakkan untuk mengambil Evening Primrose Oil bagi membantu dan memudahkan proses kelahiran.

Tetapi, jika tempoh mengandung baru mencecah trimester pertama dan kedua adalah amat dilarang untuk mengambil Evening Primrose Oil ini. Hal ini kerana dikhuatiri ancaman keguguran akan dialami oleh ibu mengandung.

Dalam Panduan Kesihatan Ibu Hamil ini lagi, anda jangan terkejut kerana ia merangkumi segala aspek berkaitan kehamilan selain daripada masalah supplement ketika hamil termasuklah perkara berkaitan keguguran.

Selain itu, ramai pasangan tidak tahu punca-punca kepada berlakunya keguguran. Malah ada diantara mereka ‘sengaja’ mendekatkan diri mereka kepada risiko berlakunya keguguran.

Jadi dengan Panduan ini diharapkan bakal ibu-bapa lebih peka terhadap sebarang risiko yang boleh membawa kepada keguguran.

Apa yang istimewanya Panduan ini adalah, ia bukan sahaja menceritakan masalah-masalah yang bakal ibu mengandung hadapai malah ia juga ada menerangkan lebih ‘detail’ termasuk gambar rajah apa yang perlu wanita mengandung lakukan supaya senang untuk bersalin kelak.

Kini, pelbagai maklumat berkaitan ibu mengandung senang sahaja boleh didapati secara online. Rujuk sahaja laman web Panduan Kesihatan Ibu Hamil untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan penjagaan kesihatan ketika hamil.

Sumber ini dipetik daripada:http://bit.ly/j39h9F

Panduan Kesihatan Ibu Hamil: Bagaimana Mengatasi Keputihan Ketika Hamil

21 Okt 2014 0 comments
Kebiasaanya wanita mengandung akan selalu dijangkiti keputihan. Perkara ini berlaku kerana perubahan hormon yang dialami oleh wanita mengandung itu sendiri.

Perubahan hormon ini akan merubah persekitaran pada kawasan faraj yang lebih mesra bakteria. Antara perubahan yang berlaku adalah perubahan keasidan (pH) pada kawasan faraj bagi mengalakkan lagi pertumbuhan bakteria ataupun kulat.

Maka kesan daripada jangkitan ini akan membawa kepada pengeluaran atau discaj yang berwarna putih dan berbau.

Bagi wanita hamil, masalah keputihan ini amat merimaskan dan menganggu kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, jangkitan keputihan yang teruk  boleh membawa kepada kecacatan pada bayi dalam kandungan dan juga risiko berlakunya keguguran serta kelahiran pra matang.

Dalam Panduan Kesihatan Ibu Hamil menegaskan rawatan untuk mengatasi keputihan perlu dilakukan. Ianya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja sehingga boleh membawa bahaya kepada kandungan.

Jika rawatan di klinik kesihatan ataupun di hospital, suppositori antikulat seperti clotrimazole biasanya akan diberikan kepada ibu mengandung.

Adakah suppositori clotrimazole ini selamat untuk ibu mengandung?

Sehingga kini tiada kajian spesifik yang dijalankan keatas wanita mengandung terhadap penggunaan suppositori clotrimazole ini.

Kerana ini adalah melanggar hak etika manusia. Wanita hamil tidak dijadikan bahan ujikaji.

Namun, setakat ini wanita mengandung yang mengunakan suppositori clotrimazole ini tiada menunjukkan kesan sampingan yang teruk terhadap kehamilan mereka. Malah, menurut FDA (food drug administration) telah menetapkan keselamatan ubat ini berada pada aras C.

Maksud aras C ini adalah suatu aras dimana tiada kesan teratogenik yang terhasil daripada penggunaan sesetengah jenis ubat.

Oleh itu, wanita mengandung perlu mengatasi keputihan yang mereka hadapi. Cuba dahulu rawatan yang disyorkan oleh doktor. Apa yang penting adalah kepatuhan terhadap arahan penggunaan ubat. Ubat suppositori clotrimazole perlu diambil pada waktu malam selama 3 malam berturut-turut. Dan suppositori clotrimazole perlu disisipkan kedalam faraj dan bukannya ditelan melalui mulut!

Dalam Panduan Kesihatan Ibu Hamil ini lagi, anda jangan terkejut kerana ia merangkumi segala aspek berkaitan kehamilan selain daripada masalah keputihan ketika hamil termasuklah perkara berkaitan keguguran.

Selain itu, ramai pasangan tidak tahu punca-punca kepada berlakunya keguguran. Malah ada diantara mereka ‘sengaja’ mendekatkan diri mereka kepada risiko berlakunya keguguran.

Jadi dengan Panduan ini diharapkan bakal ibu-bapa lebih peka terhadap sebarang risiko yang boleh membawa kepada keguguran.

Apa yang istimewanya Panduan ini adalah, ia bukan sahaja menceritakan masalah-masalah yang bakal ibu mengandung hadapai malah ia juga ada menerangkan lebih ‘detail’ termasuk gambar rajah apa yang perlu wanita mengandung lakukan supaya senang untuk bersalin kelak.

Sumber ini dipetik daripada: http://bit.ly/j39h9F

Tip Ibu Mengandung: Berhati-hati dengan ancaman keguguran.

3 Mei 2014 0 comments


Ancaman keguguran atau “threatening abortion” adalah satu perkara serius yang perlu anda ambil kira. Bagi ibu mengandung, potensi untuk berlakunya keguguran adalah tinggi jika mereka mengalami ancaman keguguran.

Biasanya keguguran mudah berlaku pada trimester pertama dan trimester kedua. Hal ini kerana pelekatan ovum-sperma yang masih lemah pada rahim menyebabkan ia mudah gugur.

Setiap ibu mengandung perlu peka terhadap tanda-tanda atau simptom ancaman keguguran ini. Antara tanda ancaman keguguran ini adalah seperti kekejangan pada bahagian perut atau abdomen. Selain daripada itu perhatikan juga sekiranya terdapat darah atau cecair yang berwarna coklat yang keluar dari vagina(faraj).

Terdapat juga kes dimana ancaman keguguran ini menunjukkan simptom seperti kekejangan otot kaki dan sakit bahagian belakang.

Apa yang perlu anda lakukan jikalau tanda-tanda ancaman keguguran ini melanda diri anda?

Dalam Pakej Panduan Kesihatan Wanita Hamil ada menyarangkan jika wanita hamil itu mengalami tanda seperti kekejangan bahagian abdomen yang berterusan dan terdapat cairan coklat atau merah yang keluar dari faraj, maka segeralah dirujuk kepada klinik kesihatan atau hospital yang terdekat.

Anda mungkin akan dimasukkan ke wad selama beberapa hari.

Ketika di hospital atau klinik kesihatan, wanita yang mengalami ancaman keguguran akan diperiksa oleh Doktor faraj mereka. Ini memastikan sejauh manakah berlakunya keguguran itu.

http://bit.ly/j39h9F

Selain daripada itu, kandungan sel darah putih anda juga akan disemak bagi memastikan tiada jangkitan atau bakteria dalam darah anda.

Untuk makluman, jangkitan dan kehadiran bakteria dalam darah juga merupakan salah satu faktor terjadinya ancaman keguguran.

Menurut Pakej Panduan Kesihatan Wanita Hamil lagi, ibu mengandung perlu sentiasa peka terhadap setiap perubahan pada kehamilan mereka. Ketika trimester pertama dan trimester kedua perbanyakkan berehat.

Hindari diri daripada melakukan perkara yang berat dan perkara yang boleh mencetuskan stress terhadap diri ibu mengandung.

Sumber ini disediakan oleh:

Hafiz Wasa
General Health Consultant
B.Pharm (Hons) USM
Panduan Kesihatan Ibu Hamil
http://bit.ly/j39h9F

Tip Ibu Mengandung: Mengatasi Sembelit Ketika Hamil.

22 Apr 2014 0 comments
Kebiasaanya, wanita mengandung mudah mengalami sembelit. Kadang-kadang jika tidak diatasi sembelit ini ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih parah.

Kemungkinan besar wanita hamil ini boleh menyebabkan buasir.

Kenapa mudahnya terjadi sembelit bagi wanita mengandung?

Ada banyak faktor sebenarnya. Tetapi disini kita akan membincangkan 2 faktor sahaja iaitu pemakanan dan supplement.

Bagi wanita yang hamil, perlu dielakkan untuk mengambil makanan yang pedas dan makanan yang berjenis ‘fast-food’. Makanan-makanan ini semua akan menyebabkan najis menjadi keras kerana dalam makanan tersebut tiada serat yang mengandungi air.

Najis yang keras inilah mencetuskan sembelit buat ibu mengandung.

Selain daripada pemakanan, terdapat juga supplement yang diambil ibu mengandung boleh menyebabkan sembelit. Contoh supplement yang menyebabkan sembelit adalah ferrous fumarate.

Ferrous fumarate ini sebenarnya bertindak sebagai zat besi bagi mengatasi ibu yang mengandung mengalami kekurangan sel darah merah.

Namun, disebalik kebaikkan yang diberikan oleh ferrous fumarate terdapat juga kesan sampingan yang tidak diingini. Dan sembelit adalah punca atau kesan daripada pengambilan ferrous fumarate ini.

Dipetik daripada Ebook Panduan Kesihatan Ibu Hamil, untuk mengatasi masalah ini adalah ibu mengandung dinasihatkan untuk meminum air paling kurang 7 gelas sehari.

Selain daripada itu, ibu mengandung juga dinasihatkan untuk mengambil buah-buahan yang mengandungi serat yang banyak seperti pisang.

Dalam Ebook Panduan Kesihatan Ibu Hamil ada menjelaskan cara bagaimana mengatasi pelbagai masalah yang biasanya ibu mengandung alami.

Bukan itu sahaja, Panduan ini juga membincangkan bagaimana ibu mengandung dapat mengatasi masalah-masalah ketika hamil.
Sumber dipetik daripada : http://bit.ly/j39h9F

Bagaimana Untuk Mendapatkan Tahap Kesihatan Yang Baik Ketika Hamil?

20 Feb 2014 0 comments
Kehamilan adalah suatu anugerah yang tidak terhingga kepada setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Tidak semua orang bernasib baik dapat merasai pengalaman untuk hamil.

Oleh itu setiap kehamilan perlu dijaga rapi dan teliti dari segi aspek keselamatannya. Namun untuk memastikan proses kehamilan berjalan dengan lancar bukan mudah seperti yang disangka.

Bagi pasangan yang baru pertama kali merasai proses kehamilan pasti mempunyai sedikit kesukaran dalam menempuh alam kehamilan kerana ia merupakan pengalaman pertama.

Jadi disini apa yang penting adalah ILMU. Ilmu adalah pengalaman berharga yang bertindak sebagai penyuluh tatkala kita dalam kegelapan.

Kini setiap wanita yang hamil bernasib baik kerana terdapat satu Panduan yang menerangkan ‘selok-belok’ hal berkaitan kehamilan. Panduan yang dimaksudkan tersebut adalah “Panduan Kesihatan Ibu Hamil”.

Panduan ini telah ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan juga beberapa rujukkan international berkaitan kehamilan termasuklah pelbagai komplikasi kehamilan.

Jika anda mendapatkan panduan ini, anda jangan terkejut kerana ia merangkumi segala aspek berkaitan kehamilan termasuklah perkara berkaitan keguguran.

Menurut penulis Panduan Kesihatan Ibu Hamil ini lagi, ramai pasangan tidak tahu punca-punca kepada berlakunya keguguran.

Malah ada diantara mereka ‘sengaja’ mendekatkan diri mereka kepada risiko berlakunya keguguran.

Jadi dengan Panduan ini diharapkan bakal ibu-bapa lebih peka terhadap sebarang risiko yang boleh membawa kepada keguguran.

Apa yang istimewanya Panduan ini adalah, ia bukan sahaja menceritakan masalah-masalah yang bakal ibu mengandung hadapai malah ia juga ada menerangkan lebih ‘detail’ termasuk gambar rajah apa yang perlu wanita mengandung lakukan supaya senang untuk bersalin kelak.

Kesimpulannya, statistik telah menunjukkan setiap tahun pasti ada kes dimana bayi mati disebabkan keguguran, bayi mati disebabkan kelemasan, kelahiran bayi pra matang dan sebagainya peristiwa-peristiwa kehamilan yang berpotensi menjadi episode ngeri dalam hidup kita. 

Jadi lengkapkanlah diri anda dengan ILMU berkaitan kehamilan agar semua perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

Anda boleh kelaman Panduan Kesihatan Ibu Hamil melalui link yang saya sertakan dibawah ini:
http://bit.ly/j39h9F

Tip ibu mengandung: Supplement untuk Ibu Hamil.

15 Nov 2013 0 comments

Apabila seseorang wanita itu disahkan mengandung, doktor akan memberikan wanita itu beberapa jenis supplement.

Antara contoh supplement yang biasa dibekalkan kepada wanita mengandung adalah asid folik dan juga ferrous fumarate.

Selain daripada asid folik, ada juga sesetengah wanita mengandung akan diberikan supplement Obimin. Supplement Obimin ini sangat membantu meningkatkan zat dalam wanita yang kekurangan nutrien.

Supplement ini amat penting sekali bagi memastikan ibu hamil serta kandungannya memperolehi cukup zat dan nutrien yang diperlukan.

Seperti yang kita sedia maklum, fungsi asid folik adalah untuk mengelakkan dan mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bagi bayi.

Manakala Ferrous Fumarate adalah untuk  meningkatkan bilangan sel darah marah dalam ibu mengandung. Jika kekurangan darah dalam badan ibu hamil, ia boleh menyebabkan kekurangan oksigen dalam badan ibu mengandung.

Ibu mengandung yang kekurangan darah akan menunjukkan simptom seperti wajah pucat, bernafas tercungap-cungap dan letih serta lesu.

Dalam ebook Panduan Kesihatan Ibu Hamil ada menjelaskan secara terperinci bagaimana fungsi-fungsi vitamin dan supplement yang sepatutnya ibu mengandung  miliki.

Ia juga menerangkan kepada ibu mengandung tip-tip penting yang harus ibu mengandung ketahui dalam memastikan proses kehamilan berjalan dengan lancar dan selamat dan sempurna.

Sumber artikel: http://bit.ly/j39h9F

Tips Ibu Mengandung: Bagaimana Proses Kelahiran berlaku?

2 Okt 2013 0 comments
Proses kelahiran adalah sesuatu yang unik dan sangat menarik. Jika ditanya kepada seorang ibu yang memiliki 6 orang anak bagaimana perasaan dan pengalaman ketika proses kelahiran? Dan percayalah dia menjawab setiap kelahiran mempunyai pengalaman dan ‘kesakitan’ yang menyeronokkan tersendiri.

Daripada setiap kelahiran apa yang kita mahukan adalah kesempurnaan. Proses kelahiran yang berjaya menyelamatkan 2 nyawa itulah yang kita mahukan.

Untuk makluman anda semua, proses kelahiran melibatkan 3 peringkat iaitu fasa permulaan, fasa aktif dan fasa kelahiran.

Fasa permulaan- fasa ini bermula ketika anda mula rasa sakit untuk bersalin. Ia berlaku sehingga servik anda mula membuka seluas 3 cm.
Apa yang perlu anda lakukan ketika ini adalah perlu ‘rilek’ sahaja. Tidak perlu tergesa-gesa untuk ke hospital. Jika tergopoh gapah dikhuatiri sesuatu yang buruk berlaku dalam perjalanan ke hospital.

Ketika ini wanita mengandung dinasihatkan untuk minum air dan makan sedikit sebagai sumber tenaga untuk bersalin nanti. Pada saat ini juga anda boleh mula untuk mengemas baju dan peralatan bayi untuk dibawa ke hospital.

Fasa aktif kelahiran- Pada fasa ini anda boleh bersiap sedia menuju ke hospital. Anda akan merasai tempoh kontraksi yang lebih panjang iaitu sekali kontraksi ia mengambil masa 45 hingga 60 saat.

Ketika ini servik akan membuka sebanyak 4cm hingga 7cm.
Oh ya, jika waktu ini anda sudah berada di hospital, selesakan diri anda dengan berjalan atau melakukan senaman pernafasan.
Fasa kelahiran- Pada fasa ini servik sudah membuka sebanyak 9cm. Kekerapan kontraksi lebih kerap berlaku iaitu setiap 30 saat hingga 2minit.

Pada saat ini anda mula bertarung nyawa. Segala keringat yang ada akan digunakan untuk ‘push’ bayi anda keluar. Saat ini juga peluh mula membasahi diri anda. Kadang kala anda mungkin akan terasa hendak muntah ataupun loya.

Anda juga perlu fokus kepada apa yang jururawat atau doktor katakan pada anda. Jika mereka menyuruh anda ‘push’, anda perlu ‘push’ sekuat hati. Jika mereka menyuruh anda bertenang dan bernafas dengan betul, ikutkan sahaja arahan mereka.

Setelah terdengar tangisan kecil bayi anda, percayalah anda akan lupakan segala kesakitan yang baru sahaja anda lalui...

Sumber ini disediakan oleh:
Hafiz Wasa
General Health Consultant
B.Pharm (Hons) USM
Panduan Kesihatan Ibu Hamil
http://bit.ly/j39h9F

Kesihatan semasa mengandung

24 Mac 2013 0 comments

Bermasalah Untuk Hamil

13 Mac 2013 0 comments

Bagaimana proses kehamilan berlaku...? Bermasalah Untuk Hamil...?
Proses kehamilan adalah suatu proses yang sangat kompleks. Suami bukan sahaja bertugas mengeluarkan sperma, namun lebih dari itu ia perlu memastikan sperma harus menuju tepat ke arah dalam vargina wanita dan rahim.
Selain itu sperma yang selamat sampai pula harus cukup kuat untuk berenang ke fallopian tube (pembuluh telur ke kandungan rahim) dan akhirnya bersatu dengan telur.
kebanyakan pasangan suami isteri melalui proses ini secara normal. Namun terdapat segelintirnya yang agak sukar dan ada diantaranya yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun untuk memperoleh zuriat.
setiap proses kehamilan memerlukan sperma yang sihat. Definisi sperma yang sihat adalah sperma yang mempunyai bentuk sempurna, lincah dan mempunyai gerakan yang aktif. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 20 juta sperma per mililiter dari semen (air mani, cairan yang keluar saat ejakulasi).
Jika gerakan sperma perlahan atau bentuknya tidak lengkap atau berenang menuju arah yang salah, maka berlaku kesulitan dan kegagalan untuk hamil.
Merancang untuk mengandung?
Keputusan untuk mengandung adalah suatu keputusan yang penting dan memerlukan perancangan yang rapi. Sesetengah daripada wanita hari ini selalu menganggap ianya mudah dan lebih bersikap berharap dan berserah.
Wanita perlu tahu masa serta keadaan yang sesuai untuk dia hamil agar - dirinya mampu menghadapi sebarang tekanan atau perubahan dari segi mental, fizikal malahan ia juga memerlukan kewangan yang cukup.
Secara normalnya tempoh kesuburan kita akan berlangsung sehingga kita berumur 48 tahun iaitu apabila putus haid. Oleh itu wanita hanya boleh hamil untuk jangka masa 36 tahun (dari 12- 48 tahun sahaja).
Malah wanita perlu tahu yang terdapat beberapa risiko lain yang akan berlaku sekiranya anda hamil pada usia yang agak lanjut untuk hamil iaitu antara 35-48 tahun.
Selain itu, untuk hamil wanita mestilah subur dan berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya (ovulating). Benih wanita hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja.

Ini kerana waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau ' fertile period '. Untuk itu persetubuhan dengan suami perlu dilakukan pada waktu subur bagi menjayakan kehamilan atau menjauhkan diri waktu ini untuk mengelak kehamilan.
Jadi setiap pasangan suami isteri perlulah merancang bilakah masa terbaik untuk hamil.
Bagaimana merancang jantina?
Berikut adalah tip yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.
Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.

Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).
Ciri-ciri benih:
Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.
Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.
Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:
   Merancang anak lelaki
1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.
     Merancang anak perempuan
1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.
3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Pemeriksaan kesihatan
1. Ujian Darah
Ujian darah merupakan proses penting untuk mengesan paras hormon dan ia juga boleh menentukan samada anda ada mengeluarkan benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone akan dilakukan pada hari ke 21 hingga 25 dalam pusingan haid. Jadi bagi anda yang pusingan haid tidak teratur - contoh datang haid 3 bulan sekali atau 6 bulan sekali, maka anda tergolong dalam kategori tidak subur kerana benih anda keluar dengan tidak teratur. Dalam hal ini anda dinasihatkan menjalani beberapa ujian bagi mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting untuk menyukat paras hormon dalam aliran darah kita ialah seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin .

2. Ujian D&C
Ujian D&C pula adalah khusus untuk wanita yang mempunyai masalah tidak subur . Ia sebenarnya berupa pembedahan kecil yang dilakukan dengan cara pangkal rahim akan dikembangkan. Proses ini dinamakan 'dilatation'. Ruang rahim tersebut kemudiannya dikikis dengan alat tajam digelar 'curettage'. Tatacara ini dilakukan kepada anda yang mempunyai pangkal rahim yang sempit. Dengan ini akan memudahkan benih lelaki masuk ke dalam sistem peranakan anda.

Melalui kaedah atau proses mengikis ruang rahim juga tisu yang tidak normal dapat dikeluarkan untuk membolehkan kehamilan berlaku. D&C juga boleh dilakukan untuk mengetahui samada anda boleh mengeluarkan benih atau tidak. Ini juga merupakan salah satu bukti yang secara tidak langsung bagi menentukan keluaran benih anda.

Sesetengah doktor mungkin akan mengunakan kaedah pancutan air berwarna 'insufflation' ke dalam salur peranakan anda. Tatacara ini bertujuan untuk menguji samada salur 'fallopian' anda terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Namun ujian ini amat jarang dilakukan sekarang ini kerana ia tidak memberi kepastian keadaan pada saluran peranakan tersebut.

3. Pemeriksaan Fizikal
Biasanya bahagian anggota badan yang akan diperiksa:
1. Buah dada
2. Kilang tiroid pada leher
3. Sistem peranakan
Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.
Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.
4. Pemeriksaan Sistem Peranakan
Pemeriksaan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada system peranakan kita normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.
5. Jangkitan Faraj
Penyakit jangkitan kuman pada faraj atau vaginitis dan pada pangkal rahim atau cervicitis yang biasanya ditandai dengan lelehan keputihan boleh mengganggu benih lelaki. Pangkal rahim menjadi luka dan merah yang dikenali sebagai cervical erosion atau ditandai oleh ketumbuhan seperti polip. Ketumbuhan yang bukan jenis kanser iatu fibroid juga boleh berlaku pada rahim. Ada juga antara rakan kita yang mempunyai sistem peranakan yang tidak normal sejak dilahirkan iaitu congenital abnormality. Semua gejala yang disebutkan ini boleh menyebabkan masalah kesuburan.

6. Pemeriksaan LaparoskopiIni adalah satu pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat dan menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sebarang penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan segera yang sewajarnya perlu diambil.

Pemeriksaan laparoskopi adalah sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis . Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Mengikut kajian kita, kejadian penyakit ini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinana ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

Bagi anda yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kemungkinan akan dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh menjadi rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.

Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi' dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad.

Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluaran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.( Cadangan : Bagi anda yang ingin melakukan pemeriksaan laparoskopi, biasanya perlu dimasukkan ke hospital, biasanya selama dua malam. Anda akan dibius bagi menjalani pemeriksaan ini. Namun di Pusat Pakar Kesuburan LPPKN , pemeriksaan laparoskopi kerap dilakukan dengan tidak perlu anda bermalam di wad. Anda hanya perlu datang ke pusat tersebut pada sebelah pagi dan boleh pulang pada hari yang sama)

7. Ujian Hysterosalpingogram
Jika terdapat saluran peranakan tersumbat, ujian lain diperlukan. Ujian yang dimaksudkan ialah X-ray yang digelar Hysterosalpingogram . Ini adalah satu ujian khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri pendedahan bahangan X-ray terhadap bayi jika kehamilan telah berlaku. 

Tanda-tanda kehamilan
Kehamilan bukanlah satu penyakit. Sekiranya seseorang wanita itu memahami bagaimana perubahan dalam dirinya berlaku, maka dia akan berjaya melalui masa selama lebih kurang sembilan itu dengan lebih tenang dan gembira.Di peringkat awal kehamilan, kebanyakan wanita mengalami masalah loya dan muntah-muntah yang biasanya berlangsung selama tiga bulan.Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah wanita tersebut. Hormon ini, estrogen dan progesterone, dikeluarkan oleh jasad yang dikandungnya. Rasa loya yang teruk hingga menyebabkan muntah, lazimnya dialami di waktu pagi. Ini mungkin disertai oleh sakit dan pening kepala. Tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini tetapi ia merupakan tanda awal bagi kehamilan, selain daripada kelambatan atau ketiadaan haid di waktu yang dijangkakan. Buah dada juga akan membesar sedikit dan disertai oleh rasa sengal dan sakit.Masalah muntah ini boleh menjadi sangat teruk menyebabkan wanita yang hamil itu tidak lalu minum dan makan. Ini menyebabkan kehilangan air dan logam yang amat banyak dari tubuh, yang membahayakan kesihatan dan mengancam kehamilannya. Sekiranya keadaan ini berlaku, wanita itu perlulah di masukkan ke hospital supaya dapat diberi rawatan dengan air yang mengandungi logam menerusi saluran darah. Namun muntah-muntah dan loya adalah satu gejala yang sementara sahaja.Pada kebiasaannya ia akan reda apabila kehamilan meningkat ke umur empat bulan walaupun terdapat juga sebilangan kecil wanita yang mengalami gejala ini terus-menerus hingga melahirkan anak. Loya dan muntah boleh menimbulkan beberapa masalah khususnya yang serba tak kena, tidak selesa dan tidak bermaya untuk menjalankan tugasnya. Saya ingin menasihatkan mereka yang mengalami keadaan itu supaya jangan memakan sebarang ubat tanpa nasihat doktor, kerana sesetengah ubat ini boleh membahayakan janin dalam kandungannya.Antara ubat yang diberikan oleh doktor untuk mengatasi masalah in ialah stemetil, avomine, pyridoxine. Biasanya ubat-ubat tersebut tidak menimbulkan sebarang gejala terhadap bayi yang dikandungnya.

Terdapat juga simptom-simptom lain:
keletihan melampau boleh menjadikan ibu-ibu yang mengandung terasa tertekan. Apatah lagi jika ada anak-anak lain yang masih kecil atau terpaksa menguruskan rumahtangga sendiri tanpa bantuan suami atau pembantu rumah. ( Anda boleh mendapatkan STAMINEX - untuk memberikan tenaga sepanjang hari walaupun anda dalam keadaan sibuk) 
Bagaimana nak pastikan mengandung?
Selain daripada pemeriksaan di mana-mana hospital atau klinik swasta, anda juga boleh melakukan pemeriksaan kehamilan anda di rumah.Pemeriksaan kehamilan tersebut ialah Uurine Pregnancy Test atau UPT iaitu menggunakan air kencing.

Kaedah ini paling popular kerana ia:
-mudah dilakukan
-mudah didapati
-murah (dari RM 5.00 ke atas sahaja)
-ada 'privacy'
-keputusan segera

Perkara-perkara yang perlu disediakan:
Alat untuk menguji air kencing ini terdiri daripada beberapa jenis di pasaran dengan harga serendah RM 5.00 untuk setiap unit.
Setiap alat ini hanya boleh digunakan sekali sahaja.
Ada 3 jenis utama : Sehelai kertas yang anda celupkan di dalam air kencing yang telah ditakung.Alat yang memerlukan anda menitis beberapa titisan air kencing ke atasnyaAlat yang tidak perlukan anda menakung air kencing, sebaliknya hanya mengenakan bahagian tertentu alat tersebut pada air kencing semasa anda membuang air kecil.Air kencing. Penggunaan air kencing yang pertama pada pagi hari adalah yang terbaik kerana kandungan hormon yang paling tinggi dalam air kencing pada masa tersebut.

Bermasalah Untuk Hamil
Biasanya terdapat beberapa faktor kenapa anda mempuyai masalah untuk hamil. Ada sesetangah wanita yang boleh hamil tetapi sering gugur, manakala langsung sukar tidak hamil walaupun sudah berumah tangga sehingga berpuluh-puluh tahun.Bagi yang kes yang hamil tetapi sering gugur, anda digalakkan mengambil produk B1 bersama Ekonopek Griptite bersama STAMINEX. Ia dapat membantu merawat dalaman anda serta meningkatkan pengaliran darah. Malahan produk ini juga dapat memberikan keseimbangan hormon di dalam badan anda.STAMINEX juga turut membantu memberikan tenaga kepada anda.
Dicetak dari : http://www.mengandung.com

Petua Cepat Dan Mudah Hamil

10 Jun 2012 0 comments
Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsi bersama anda petua cepat dan mudah hamil salah satu topik yang menjadi permasalahan kepada sesetengah pasangan yang sudah berkahwin. Mereka ini pada kebiasaannya telah berkahwin lebih daripada 1-2 tahun, tapi masih lagi belum dikurniakan cahaya mata yang boleh menjadi penyeri hidup rumahtangga mereka. Jika anda sendiri mengalami masalah ini, anda perlulah terus berusaha dan berdoa kepada Allah SWT tanpa putus. Mungkin juga tips dan petua-petua yang bakal saya kongsikan ini anda boleh cuba amalkannya. InsyaAllah saya yakin suatu hari nanti anda pasti mampu menimang cahaya mata anda juga akhirnya.

Baiklah, petua-petua dan tips-tipsnya adalah seperti berikut:

PETUA 1: Jangan sesekali dan elakkan merokok. Mungkin memang amat jarang kita lihat wanita merokok. Akan tetapi bagi kaum suami ianya adalah suatu kebiasaan. Menurut kajian sains, saintis telah mendapati kandungan rokok serta asap rokok boleh membunuh sel-sel sprema. Mungkin jika suami anda adalah seorang perokok tegar, inilah puncanya anda sukar hamil sebagai isteri. Hentikan tabiat merokok serta bagi si isteri, jauhkan diri sama-sekali daripada asap rokok.

PETUA 2: Kurangkan sterss dan tekanan perasaan. Semua sedia maklum zaman sekarang ini kita hidup dalam zaman penuh dengan cabaran. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang berkerjaya. Wanita yang mudah terdedah kepada tekanan setiap hari mampu menurunkan lagi kebarangkalian untuk hamil. Oleh itu, cuba tenangkan diri dalam sebarang keadaan dan banyakkan berzikir serta mengingati Tuhan.

PETUA 3: Tingkatkan berat badan anda dengan makan lebih sedikit. Ya, memang betul apa yang saya katakan ini. Tapi janganlah sampai anda overweight pula ya. Hal ini kerana, bagi wanita yang terlampu kurus atau kurang berat badan, mereka akan mengalami gangguan kitaran haid yang normal. Kesan langsungnya juga ialah hormon tidak cukup dirembeskan dan tubuh badan anda tidak ‘bersedia’ untuk berbadan dua. Oleh itu, tidak mengapa jika berat badan anda melebihi beberapa kilo sedikit daripada normal.

PETUA 4: Ketahui dengan jelas kitaran haid anda. Anda perlulah faham dan tahu bilakah hari-hari subur anda. Dengan itu anda boleh tingkatkan kebarangkalian untuk hamil dengan meningkatkan kekerapan hubungan seks bersama suami ketika hari subur anda.

Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan menyediakan satu carta khas bagi mencatit hari dalam kitaran haid anda beberapa bulan. Dari situ, anda boleh meramal dan menjangka bilakan hari-hari subur anda untuk bulan-bulan seterusnya.Dapatkan tip-tip Panduan Kesihatan Untuk Ibu Hamil disini... 

Semoga anda berjaya dalam usaha anda untuk hamil melalui petua-petua yang telah saya kongsikan ini. Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat dan berguna, kongsikan bersama rakan-rakan anda di laman sosial dengan tekan butang Share yang terdapat di bawah artikel ini.