Senaman Tenaga Batin

5 Okt 2013 0 comments
Senaman Pertama

Senaman_pertama
Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang. Tangan diletakkan di atas lutut dan bahu harus terbuka lebar. Tarik nafas sedalam-dalamnya hingga paru-paru terasa penuh dengan udara. Tahan nafas dan biarkan udara berada di dalam paru-paru sekitar tujuh saat sebelum ia dihembus keluar secara perlahan sehingga paru-paru terasa kosong. Ketika udara dihembus, perut hendaklah dikempiskan dan tumpu tenaga ke arah dada. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali.
Kebaikan:
Senaman ini seelok-eloknya dilakukan di subuh hari kerana ia melibatkan proses pertukaran udara badan. Gerakan ini dapat membangkitkan kekuatan otot belakang terutamanya di bahagian tengah belakang dan ia menguatkan stamina jimak.
Imej:Senaman_pertama.png
Senaman Kedua
Duduk dalam keadaan dua tumit kaki bertemu dan bawakan ia hampir dengan kemaluan. Tegakkan belakang. Tarik nafas hingga paru-paru terasa penuh secara perlahan-lahan. Ketika menarik nafas, tekan kedua-dua kepala lutut dengan tapak tangan (kiri dan kanan) supaya lutut dapat mencecah lantai. Jika tidak boleh, buat setakat termampu. Pada waktu yang sama, kemut otot zakar sepaya kepala zakar kembang. Tahan nafas selama tujuh saat dan hembus keluar secara perlahan-lahan. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali.

Senaman_kedua
Dari kedudukan sebelumnya, tarik nafas semula secara perlahan-lahan. Dengan perut kedua-dua jari tangan, cari urat paha di bahagian paha dan urut menggunakan perut ibu jari dari hujung paha ke pangkal paha dan akhirnya gerakan melalui tepi batang zakar dan akan berakhir di hujung batang zakar. Urutan dilepaskan jika mahu mencecah kepala zakar. Selepas itu lepaskan nafas.
Kebaikan:
Gerakan ini bertujuan untuk rnengurut urat yang mengalirkan darah ke zakar dan membangunkan urat-urat yang mengalir dan menetap dengan baik di sini. la juga membesarkan kembali zakar yang kecil. Disarankan supaya urutan dibuat menggunakan minyak urut.
Senaman Ketiga
Duduk bersila dengan kedua tapak kaki ditemukan. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan dan tangan kiri memegang ibu jari kaki kiri. Tarik nafas perfahan-lahan sambil menarik ibu jari kaki menghampiri kemaluan. Lutut seboleh-bolehnya mencecah lantai. Jika zakar tegang, celahkan kepala zakar di antara kedua tapak kaki (di bahagian yang melengkung). Ketika tarikan berlaku, tumpuan tenaga akan tertumpu ke otot belakang dan akan terasa ia diurut; selepas itu barulah nafas dilepaskan secara perlahan-lahan dan meletakkan kaki kembali ke kedudukan asal.
Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali. Dari kedudukan ini, tarik kedua-dua jari kaki supaya tumit terbuka ke arah hadapan dalam masa yang sama ia tetap disatukan. Tarik nafas dengan dalam secara perlahan-lahan dan rebahkan tubuh ke depan dalam keadaan tangan masih memegang ibu jari kaki. Jejakkan kepala ke lantai jika mampu, kalau tidak, lakukan setakat terdaya. Balik ke kedudukan asal dan hembuskan nafas.
Kebaikan:
Gerakan ini mengimbangi otot paha, belakang dan baik untuk pinggang. la dapat membantu meningkatkan tenaga batin yang lemah.

Senaman_ketiga
Senaman Keempat
Duduk bersila dan tegakkan belakang. Tarik nafas sambil tangan kanan didepa separas bahu dengan lurus ke arah depan sambil menarik nafas. Manakala tangan kiri di angkat separas bahu juga ke arah sisi badan. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali sebelum nafas dihembus keluar.

Senaman_keempat
Senaman Kelima
Duduk bersila dan tegakkan belakang. Tekan otot pinggang dan* arah belakang dengan tapak tangan sambil menarik nafas. Secara perlahan, urut otot pinggang hingga ke rusuk dada. Lakukan sambil nafas ditahan. Bawa tangan ke depan dan ke atas sehingga dapat dilepaskan lurus ke atas kepala. Selepas itu barulah nafas dihembus.
Kebaikan :
Gerakan ini membantu mengurut otot-otot bahagian pinggang serta rusuk, tengkuk dan leher, dalam waktu yang sama merangsang pengaliran darah supaya lebih lancar.

Senaman_kelima
Senaman Keenam
Tenaga akan tertumpu pada urat bahu, leher serta urat paha dan betis. Lutut kaki yang diluruskan tidak wajar dibengkokkan ketika henjutan, begitu juga bagi kedua belah tangan. Duduk dengan meluruskan kaki kanan dan lipatkan kaki kiri. Henjutkan secara perlahan-lahan serta lembut bagi mencapai ibu kaki. Lakukan henjutan sebanyak tujuh kali sebelum menu-kar ke arah yang seterusnya.

Senaman_keenam
Senaman Ketujuh
Kembangkan jari-jari tangan dan susun supaya ibu jari tangan kiri mencecah cuping telinga kanan. Ibu jari tangan kanan pula mencecah jari kelingking tangan kiri. Tarik nafas, bengkokkan tubuh ke arah kaki kanan dan cecahkan jari kelingking kanan itu ke hujung ibu jari kanan. Lakukan gerak cecahan itu sebanyak tujuh kali sambil nafas ditahan. Selepas itu lepas nafas secara perlahan-lahan sambil mengangkat semula kepala ke kedudukan yang mula-mula. Ketika gerakan, pastikan kaki kanan lurus. Lakukan pula hal yang serupa dengan kaki kiri.

Senaman_ketujuh
Senaman Kelapan
Baringkan badan secara meniarap. Luruskan badan dan bangunkan separuh badan iaitu pinggang ke atas dengan menapakkan kedua belah tapak tangan sambil pinggang dan belakang terasa tegang. Tarik nafas sewaktu gerakan ini dilakukan, tahan nafas selama tujuh saat sebelum melepaskannya. Lakukan sebanyak tiga kali.

Senaman_kelapan
Senaman Kesembilan
Duduk bersila sambil mengarahkan kedua-dua belah tangan ke belakang badan. Dalam masa yang sama cuba capai atau temukan kedua-dua jari-jemari tersebut. Selepas itu nafas ditarik secara perlahan-lahan dan menahannya selama tujuh saat sebelum menghembusnya keluar, Lakukan gerakan yang sama pada kedudukan tangan yang berlainan.

Senaman_kesembilan
Senaman Kesepuluh
Duduk bersila sambil kedua-dua tapak kaki ditemukan. Tarik nafas secara perlahan-lahan sambil badan direbahkan ke hadapan dan meluruskan kedua-dua belah tangan hingga mencecah lantai. Pastikan anda terasa tegang pada bahagian belakang dan paha. Tahan nafas selama tujuh saat dan kembalikan ke kedudukan asal sambil nafas dilepaskan secara perlahan-lahan. Lakukan ulangan gerakan sehingga tiga kali.

Senaman_kesepuluh
Senaman Kesebelas
Senaman ini agak mencabar sedikit. Lipat kedua-dua kaki di bawah punggung. Kemudian merebahkan badan sambil kedua belah tangan diluruskan sehingga terasa tegang di bahagian belakang badan, paha dan otot betis. Tarik nafas secara perlahan-lahan dan tahannya selama tujuh saat sebelum ia dilepas keluar. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali.

Senaman_kesebelas
Senaman Kedua belas
Sesetengah orang memanggil gerakan ini sebagai senaman kucing. Duduk di atas kedua belah kaki dengan membongkokkan badan ke hadapan sambil meluruskan tangan ke hadapan. Lakukannya hingga terasa regangan pada belakang badan. Kemudian bangun secara perlahan-lahan, dalam masa yang sama masih mengekalkan kedudukan kaki. Kedua-dua belah tapak tangan ditapakkan secara bertentangan, satu mengarah ke dalam badan dan satu mengarah ke hadapan. Bongkokkan belakang badan dan henjutkannya hingga paras separuh bangkit beberapa kali secara perlahan-lahan. Nafas ditarik sebaik gerakan bermula dan dihembuskan sebaik gerakan berakhir.

Senaman_kedua_belas
Senaman Ketiga belas
Senaman awal pagi sebaik bangun dari tidur. Tutup mata, tangan diluruskan di sisi badan. Putarkan biji mata seakan-akan mahu memerhatikan sekeliling. Lakukan lebih kurang 10 saat. Selepas itu tarik nafas dalam-dalam, tahan nafas selama tujuh saat dan hembusnya keluar secara perlahan-lahan. Lakukan sebanyak tiga kali. Tangan yang berada di sisi badan itu harus diluruskan melampaui tubuh sambil menarik nafas. Waktu yang diambil untuk menggerakkan tangan itu ialah selama tujuh saat. Selepas itu kembali ke kedudukan pertama sambil menghembus nafas secara perlahan. Senaman ini menolong mengimbangi urat saraf, meluruskan tulang belakang serta menyusun urat-uratnya.
Senaman Keempat belas
Antara penyebab lelaki mengalami gejala ejakulasi pra-matang adalah disebabkan rasa ngilu dan geseran pada kepala dan batang zakar. Gerakan ini dilakukan ketika zakar masih tegang di waktu pagi. Gerakan ini akan mengasah kepala zakar, membiasakannya pada geselan. Dengan melatihnya, rasa sensitif sewaktu jimak akan dapat dikurangkan. Tarik nafas hingga penuh paru-paru. Pegang batang zakar dengan agak kuat supaya darah tertumpu ke kepala zakar dan ini menyebabkan kepala zakar mengembang. Dengan menggunakan perut tapak kaki, gosok atau asah kepala zakar ke arah hujungnya. Ketika melakukan ini tahan nafas, lalu hembuskan. Lakukan sebanyak tiga kali.
Petikana dari :http://www.isteripuas.com/

Lebih dari 1.7 Juta Lelaki Malaysia Mengalami Masaalah SEKS

0 comments
SEMAKIN ramai lelaki di Malaysia sedang menderita dalam senyap. Bukan kerana kesakitan yang mudah dikesan melalui pandangan orang lain, tetapi masalah yang terlalu personal hingga menjejaskan semangat dan keyakinan diri empunya badan.
Apa yang dimaksudkan adalah masalah yang berkaitan keupayaan biologi anggota sulit mereka iaitu disfungsi erektil (ED).
Lebih menyedihkan, lelaki yang menghidap masalah ini seolah-olah tidak menghargai diri mereka dengan mengelak daripada mendapatkan bantuan kaunseling dan rawatan perubatan yang sewajarnya.
Dalam kajian tahun 1997 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Frank Small & Associate, terdapat 1.7 juta lelaki dalam lingkungan usia melebihi 40 tahun menderita masalah berkaitan ED di negara ini.
Lanjutan kajian yang turut melibatkan pakar dari New England Research Institute di Boston, Amerika Syarikat itu pula mendapati bahawa jumlah itu meningkat kepada 2.3 juta orang pada tahun 2003.
Pakar urologi yang sinonim dengan masalah sakit tuan, Dr. Mohd. Ismail Thamby menyatakan, berbanding wanita, lelaki sering berada dalam ’sindrom’ penafian mengenai keadaan mereka. Soal ED umpama satu tabu.
“Ini terjadi kerana ego. Bayangkan berapa ramai di kalangan lelaki hari ini yang berperang dengan masalah ini tetapi malu atau takut untuk menyuarakannya.

“Sikap tidak peduli seperti ini mendatangkan risiko memandangkan masalah seksual lelaki seperti ED perlu ditangani segera, sama seperti kita peka pada penyakit kronik lain,” ujar Ismail yang berkhidmat di klinik beliau di Hospital Pakar Damai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Andropaus juga istilah yang belum diterima secara terbuka oleh lelaki masa kini.
Walaupun hakikatnya ia mengakibatkan hormon testosteron mula berkurangan bermula usia 40 tahun dan terus menyusut dalam kadar satu hingga dua peratus setiap tahun, andropaus bukanlah satu ancaman terhadap upaya fizikal, stamina dan kesihatan.
Sebagai langkah awal mengendalikan simptom keletihan dan gangguan mood dalam lingkungan usia tersebut, lelaki perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan sentiasa mengambil diet yang sihat selain rajin bersenam.
Kawalan terhadap stres dan depresi juga membantu seseorang mencapai keseimbangan hidup.
Kegagalan upaya ketegangan zakar untuk kekal lama dan fungsi penetrasi disebabkan oleh aliran darah yang tidak sempurna di bahagian alat kelamin itu. Ia juga disebabkan oleh otot pelvik yang lemah.
Pelbagai jenis rawatan hasil kejayaan bidang sains dan teknologi boleh dicuba antaranya seperti pam vakum, sistem gel salur kencing, implan silikon dan penyelesaian farmakologi.
“Usaha awal adalah dengan mendapatkan maklumat yang betul dan seterusnya berikhtiar untuk berubat.
“Perbincangan secara privasi boleh mendorong penderita ED untuk meluahkan isi hati,” pesan Ismail dalam banyak siri ceramah beliau.
Mereka yang mengalami tanda-tanda ED dan yang berkaitan dengan keupayaan seksual dinasihatkan agar berfikir sehabis-habisnya sebelum percaya kepada kaedah perubatan tradisional seperti mengurut dan amalan pemakanan yang pelik.
Cara mengurut juga satu pilihan popular namun belum tentu berkesan. Urutan batin biasanya melibatkan tekanan ke atas saraf pada alat sulit dan pangkal zakar.
Jika ia terus dilakukan dengan kasar atau dikendalikan oleh tukang urut yang tidak berpengalaman dalam soal saraf, masalah lain boleh berlaku seperti radang pada pangkal zakar dan buah zakar.
Petikan dari: http://seks-hebat.blogspot.com

Seks yang Memuaskan

2 Okt 2013 0 comments
Seks yang Memuaskan Seks adalah satu-satunya keperluan lelaki yang tidak boleh diperolehi diluar rumah (berzina). Setiap lelaki inginkan seorang isteri memberi layanan first class terhadap seks.
Kenapa harus suami ‘makan yang haram’ diluar, padahal dirumah ada yang halal ?
Seorang kawan saya menjawab:. ” Dirumah isteri tidak pandai melayan nafsu seks suami !”
Sambil selamba seorang kawan lagi berkata,” Kenapa perempuan Siam lebih pandai melayani nafsu seks lelaki ? dan mereka lebih bagus dan faham kehendak lelaki !”
Pesanan Untuk Isteri
Apakah wanita Melayu tidak pandai ? Atau pun, apakah isteri kita tidak pandai ‘ buat seks’ ?
Seks adalah satu-satunya keperluan lelaki yang tidak boleh diperolehi diluar rumah (berzina). Setiap lelaki inginkan seorang isteri memberi layanan first class terhadap seks.

AAKF001232
Kenapa harus suami ‘makan yang haram’ diluar, padahal dirumah ada yang halal ?
Seorang kawan saya menjawab:. ” Dirumah isteri tidak pandai melayan nafsu seks suami !”
Sambil selamba seorang kawan lagi berkata,” Kenapa perempuan Siam lebih pandai melayani nafsu seks lelaki ? dan mereka lebih bagus dan faham kehendak lelaki !”
Pesanan Untuk Isteri
Apakah wanita Melayu tidak pandai ? Atau pun, apakah isteri kita tidak pandai ‘ buat seks’ ?

Semuanya itu adalah alasan semata-mata.
Seandainya perempuan Melayu atau isteri kita dirumah pandai melayani kehendak suaminya, saya rasa kehebatan dan kehangatan wanita Melayu akan tersohol dan mengasyikkan.
Disini saya ingin perurunkan beberapa petua yang harus dibaca dan diamalkan oleh setiap orang yang bergelar – wanita Melayu, Isteri dan Perempuan…..
Dirumah makan malam lebih awal 1 atau 2 jam sebelum setubuh.
No.1: Siapkan Diri anda sekurang-kurangnya satu jam sebelum hubungan kelamin dengan mandi,berus gigi, cuci mulut dan cuci faraj dan pakai pakaian seksi yang nipis dan menghairahkan serta pakai sedikit bauan halus dan lembut.
No 2: Goda Suami: Godalah suami anda sebaik mungkin dengan duduk disini suami. Jika suami kelihatan malas, usik dia sehingga menaikkan berahi dengan aksi-aski menarik anda, katakan;’ kononnya seperti perempuan siam’. Apa salahnya kan ini suami anda yang sah dan perkara yang anda lakukan ini adalah halal dan sunnat !
No.3: Jangan sekali-kali menanti pelukan suami anda. Anda adalah seorang isteri, seorang wanita yang harus mengoda suami anda. Anda harus memberi semua yang terbaik yang ada pada diri anda untuk suami anda, anda mahu suami sentiasa ingat dan sayangkan anda.
Nah ! lakukan apa saja yang anda fikir dapat mengoda suami anda, lakukan sekarang, jangan biarkan perempuan lain mengodakan suami anda !
Jangan malu, Jangan takut dan jangan Malas. Itu semua adalah nasihat syaitan.
Kalau dia masih duduk di kerusi, anda himpitkan diri anda dekat-dekat dia, usik si ‘ anu’ dia, kalau dia angkat tangan anda ketepi, anda himpitkan dia kuat-kuat, jika dia masih tidak respon, bisikkan pelahan-lahan ditelinganya untuk ke kamar, lihat TV di kamar dan jika dia masih gagal untuk bangun, pelahan-lahan tarikkan tangannya dan letakkan tangannya ke’anu’ anda.
Tidak dinafikan ada lelaki liat ‘buat seks’ dengan isteri namun anda harus bersabar, kerana kadang-kadang ’suami’ anda ini sememangnya ‘tidak ganas’ dan ‘dianggap ’suami berjurus’ – bersabarlah…
Petikan dari: http://www.isteripuas.com/blog/category/teknik-seks/

Tips Ibu Mengandung: Bagaimana Proses Kelahiran berlaku?

0 comments
Proses kelahiran adalah sesuatu yang unik dan sangat menarik. Jika ditanya kepada seorang ibu yang memiliki 6 orang anak bagaimana perasaan dan pengalaman ketika proses kelahiran? Dan percayalah dia menjawab setiap kelahiran mempunyai pengalaman dan ‘kesakitan’ yang menyeronokkan tersendiri.

Daripada setiap kelahiran apa yang kita mahukan adalah kesempurnaan. Proses kelahiran yang berjaya menyelamatkan 2 nyawa itulah yang kita mahukan.

Untuk makluman anda semua, proses kelahiran melibatkan 3 peringkat iaitu fasa permulaan, fasa aktif dan fasa kelahiran.

Fasa permulaan- fasa ini bermula ketika anda mula rasa sakit untuk bersalin. Ia berlaku sehingga servik anda mula membuka seluas 3 cm.
Apa yang perlu anda lakukan ketika ini adalah perlu ‘rilek’ sahaja. Tidak perlu tergesa-gesa untuk ke hospital. Jika tergopoh gapah dikhuatiri sesuatu yang buruk berlaku dalam perjalanan ke hospital.

Ketika ini wanita mengandung dinasihatkan untuk minum air dan makan sedikit sebagai sumber tenaga untuk bersalin nanti. Pada saat ini juga anda boleh mula untuk mengemas baju dan peralatan bayi untuk dibawa ke hospital.

Fasa aktif kelahiran- Pada fasa ini anda boleh bersiap sedia menuju ke hospital. Anda akan merasai tempoh kontraksi yang lebih panjang iaitu sekali kontraksi ia mengambil masa 45 hingga 60 saat.

Ketika ini servik akan membuka sebanyak 4cm hingga 7cm.
Oh ya, jika waktu ini anda sudah berada di hospital, selesakan diri anda dengan berjalan atau melakukan senaman pernafasan.
Fasa kelahiran- Pada fasa ini servik sudah membuka sebanyak 9cm. Kekerapan kontraksi lebih kerap berlaku iaitu setiap 30 saat hingga 2minit.

Pada saat ini anda mula bertarung nyawa. Segala keringat yang ada akan digunakan untuk ‘push’ bayi anda keluar. Saat ini juga peluh mula membasahi diri anda. Kadang kala anda mungkin akan terasa hendak muntah ataupun loya.

Anda juga perlu fokus kepada apa yang jururawat atau doktor katakan pada anda. Jika mereka menyuruh anda ‘push’, anda perlu ‘push’ sekuat hati. Jika mereka menyuruh anda bertenang dan bernafas dengan betul, ikutkan sahaja arahan mereka.

Setelah terdengar tangisan kecil bayi anda, percayalah anda akan lupakan segala kesakitan yang baru sahaja anda lalui...

Sumber ini disediakan oleh:
Hafiz Wasa
General Health Consultant
B.Pharm (Hons) USM
Panduan Kesihatan Ibu Hamil
http://bit.ly/j39h9F