Home » » Adakah Hubungan Sex Penting Dalam Kehidupan

Adakah Hubungan Sex Penting Dalam Kehidupan

24 Apr 2013 0 comments
Kenapa anda berkahwin? Adakah kerana cinta? Adakah kerana nafsu? Adakah kerana ingin memperoleh anak? Adakah kerana ingin rasa hidup berkeluarga? Adakah anda berkahwin di sebabkan aturan keluarga? Walau apa sahaja sebab anda berkahwin, anda tidak sepatutnya membiarkan rumah tangga anda berada dalam keadaan kesedihan. Ada tiga perkara yang seks mampu beri kepada hubungan kekeluargaan anda iaitu kepuasan, kebahagiaan dan keseronokan.

Kepuasan adalah dari segi nafsu, kebahagiaan adalah dari segi rapatnya hubungan antara anda dan pasangan anda dan keseronokan adalah dari segi sikap sayang menyayangi antara anda berdua. Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan rumah tangga kerana ia adalah kemuncak kebahagian. Hubungan seks yang penuh nikmat antara suami dan isteri mampu memberi kebahagiaan kepada mereka. Namun, hubungan seks perlulah di lakukan dengan penuh kasih sayang. Walaupun anda kerap melakukan hubungan seks dengan pasangan anda, ia belum terjamin memberi kebahagiaan kepada anda jika ia di lakukan hanya untuk nafsu.

Kebanyakan pasangan suami isteri tetap bercerai walaupun hubungan seks mereka hebat di sebabkan tiada kasih sayang antara mereka semasa melakukan hubungan seks. Mereka melakukannya kerana nafsu. Nafsu adalah rakan syaitan manakala cinta hanya untuk Allah. Pasangan yang melakukan hubungan seks kerana cinta dan sayang, hubungan mereka akan kekal sehingga akhir hayat mereka. Ini kerana, seks yang di sertai perasaan cinta dan sayang mampu menundukkan pasangan masing-masing. Sayang di antara suami isteri juga kian meningkat.

Hubungan anda dan pasangan anda bermula dengan perasaan anda sendiri. Rasa sayang anda pada pasangan anda membolehkan anda untuk melayannya dengan kasih sayang. Anda belai pasangan anda, kemudian anda rasa sayang kepadanya, anda cinta padanya. Anda mula merasakan, anda tidak boleh hidup tanpanya. Apabila perasaan cinta dan sayang timbul di dalam diri anda dan pasangan anda, anda mula ada keinginan untuk bersentuhan antara satu sama lain di mana pada akhirnya anda dan pasangan anda akan melakukan hubungan seks. Seks yang bermula dengan persaan cinta, akan meninggalkan kesan yang mendalam pada diri anda dan pasangan anda. Seks memang mampu membahagiakan sesebuah keluarga.

Hubungan seks yang di sertakan perasaan cinta mampu memberi jaminan kepada pasangan anda bahawa anda memang sayangkan dia. Jadi, tiada prasangka akan wujud dalam hubungan anda dengan pasangan anda. Selain itu, hubungan seks juga mampu memberi ketenangan kepada pasangan. Jika anda tidak handal dalam melakukan hubungan seks, ia tidak patut di jadikan alasan. Anda perlu belajar bagaimana hendak meningkatkan prestasi anda di bilik tidur demi kebahagiaan anda dan dia. Jika anda lelaki dan anda dapati bahawa isteri anda kurang memberi kerjasama ketika melakukan hubungan seks, anda perlu belajar bagaimana hendak menggoda isteri anda supaya mereka akan lebih terangsang ketika melakukan hubungan seks.

 Jika anda perempuan dan anda tidak puas dengan pasangan anda, anda boleh berterus terang dengan pasangan anda dan sama-sama bertindak bagi mencari penyelesaian. Jangan takut untuk berterus terang kerana walaupun lelaki mempunyai ego yang tinggi, anda boleh tundukkan dia dengan gaya menggoda anda.
Tolong Dermakan Klik Nuffnang Anda Dibawah...Terimakasih

0 comments:

Catat Ulasan