Memaparkan catatan dengan label Tatasusila berjimak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tatasusila berjimak. Papar semua catatan

Perkara yang Makruh dan Haram dalam berjimak

28 Apr 2013 0 comments
PERKARA MAKRUH BERJIMAK

1. Tidur tanpa membersihkan alat sulit.
2. Tidur tanpa wuduk.
3. Melihat alat sulit isteri.
4. Melakukan jimak tanpa bercumbuan.
5. Bercakap-cakap semasa jimak.
6. Tanpa pakaian seurat benang.



PERKARA HARAM BERJIMAK

 Berjimak melalui dubur

Ia tidak dibenarkan dalam Islam. Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit, "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah s.a.w menjawab: "Itu halal." Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah s.a.w memanggilnya dan bertanya: "Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang itu. Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya."

Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:



1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.

2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.

3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.

4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.

5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.

6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.

7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.

8. Wajah tidak berseri.

9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.

10. Menimbulkan kebencian.

2. Berjimak ketika isteri sedang dalam haid

Larangan ini disebut sebagaimana Firman Allah SWT,

"Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat. Oleh itu hendaklah kamu menjauhi diri daripada perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang haid itu, janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.

Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri." (Surah Al Baqarah:222).

Dari segi kedoktoran, wanita dalam haid dilarang berjimak kerana:

1. Wanita yang dalam haid mengalami kurang daya tahan penyakit, lalu kuman atau virus mudah masuk ke lubang faraj atau pangkal rahim.

2. Alat sulit wanita ketika haid mengecut dan ini akan menyakitkan dan berlaku pendarahan.

3. Ia menyebabkan gangguan saraf dan boleh mengakibatkan masalah datang haid secara tidak teratur.

4. Menganggu kenikmatan berjimak kerana bau haid yang busuk.

 Sumber:http://teknikseksmelayu.blogspot.com

12 Cara Membahagiakan Suami Dalam Hubungan

26 Mac 2013 0 comments

Anda memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa yg anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda? Anda perlu ingat ketika“bercinta”, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasan kepada pasangannya. Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu "memuaskan"suami sepenuhnya,12 Cara membahagiakan suami dalam hubungan yang dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda.

1) Berani berinisiatif
Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya dtg dpd pihak suami. Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu ) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka teringin utk melakukannya.
Sepatutnya dlm kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif sebab begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami dalam bercinta.

2) Menghias Diri
Apabila ingin bercinta, isteri sepatutnya menghias diri. Jgn sesekali tampil ala kadar jer. Penampilan yg baik akan menambah semangat suami dlm bercinta. Sebab itu, sebelum bercinta, mandilah terlebih dahulu, pakailah pakaian yg bersih dan menarik. Juga sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau harum.

3) Rapikan Kamar Tidur
Sebelum bercinta, rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari kain dan pakaian yg tidak berguna. Jika cadar dan sarung bantal kotor, gantikan dgn yg baru dan bersih. Jgn lupa untuk menyembur sedikit wangian agar ruang tidur terasa nyaman dan wangi. Tpt tidur yg rapi dan wangi secara psikologi akan dapat menambah semangat suami utk bercinta dgn anda.

4) Bersifat Aktif
Cumbuan adalah bumbu percintaan. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana ianya sama penting dgn hubungan intim itu sendiri. Dan samada suami atau siteri, kedua-duanya dituntut utk aktif..
Sayangnya, dlm perkara ini yg aktif selalunya suami. Isteri sering bersifat pasif dan menyerah. Agar suami cukup berghairah, isteri perlu bersikap aktif melakukan ransangan di tempat-tempat sensitif.

5) Penuhi Kehendaknya
Dlm bercinta isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini sering menimbulakan rasa jengkel dan marah si suami. Sebenarnya tiada alasan mengapa isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali dia ingin anda melukukan diluar tabii. Apabila apa yg diinginkan suami itu dipenuhi isteri, maka suami akan berasa gembira dan puas. Dan perasaan sayang akan semakin kuat.

6) Tidak Statik
Sering terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal ini boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami, layanilah suami dgn berbagai gaya.

7) Bersikap Sopan
Ketika bercinta, isteri jgn sesekali bersikap kasar. Sentiasalah mengamalkan sikap yg sopan. Sikap sedemikian secara psikologi mempengaruhi semangat suami utk bercinta.

Tidak Mengungkit Kelemahannya
Dalam bercinta jgn sesekali mengungkit kelemahan suami, misalnya mengungkit tentang ukuran penisnya yg agak kecil atau pendek. Ungkitan seperti ini boleh menurunkan ghairah suami.

9) Tidak Mengeluh
Jgn terlalu byk mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat suami untuk bercinta menurun.

10)Jangan Banyak Berbual
Anda mungkin seorang yg suka berbual. tetapi perkara ini jgn diamalkan ketika anda dan suami anda sedang bercinta. Sebab hal ini akan menyebabkan tumpuan suami dlm menikmati percintaan.

11) Bersifat Terbuka
Bersifat terbuka dan jujur adalah satu kemstian dlm bercinta, katalah isteri tidak suka apa yg dilakukan oleh suami, jgn sesekali berdiam diri sahaja. Sebaiknya berterus terang dan memberitahu apa yg seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap yg begini akan menambah semangat suami dlm bercinta.

12) Beri Pujian

Setelah selesai bercinta, jgn lupa utk memberikan pujian atas kehebatan suami. Dgn pujian suami akan berasa bangga. Tetapi kalau suami kurang hebat jgn dicela. Dgn cara yg baik beritahu tentang kekurangannya dan kalau boleh beri cadangan untuk mengatasinya. Semua ini akan membuat suami tampil lebih baik lagi di masa akan datang.

Selamat mencuba!

Tata Tertip Ketika Bersama Suami Isteri

17 Jun 2012 0 comments
Hendaklah memenuhi sekurang-kurangnya 5 syarat . Antara syarat-syaratnya ialah :-

1. Niat kerana Allah ; Niat bersetubuh kerana Allah ialah niat untuk menunaikan perintah Allah, iaitu melepaskan nafsu syahwat ke jalan halal dan menghasilkan zuriat yang baik agar ia dapat membantu membela agama Allah.

2. Persetubuhan hendaklah dilakukan oleh isteri atau suami yang telah dikahwinkan menurut syariat Islam.

3. Pelaksanaan persetubuhan hendaklah mengikut adab-adab yang telah digariskan sepertimana di atas. Tidak menyetubuhi isteri melalui dubur , ketika saat berpuasa siang hari pada bulan ramadhan atau ketika sedang haid atau nifas.

4. Natijah atau hasil persetubuhan, iaitu mendapat anak dan anak itu dididik agar menjadi anak yang soleh yang mentaati Allah. Selain itu hasil daripada persetubuhan juga boleh memberi ketenangan kepada fikiran dan jiwa serta menyihatkan tubuh badan. Justeru itu badan yg sihat digunakan utk berbakti dan taat kepada Allah.

5. Tidaklah kerana bersetubuh sampai meninggalkan ibadah utama. Contohnya oleh kerana rasa nikmat kesan bersetubuh, sampai tidak bangun bersembahyang subuh . Tidur sampai ke pagi. Perbuatan ini amatlah dilarang.

Demikianlah syarat-syarat bersetubuh yang menjadi ibadah dan mendapat pahala jika diikuti sepenuhnya.Maka jadikalah bersetubuh dan memberi nafkah batin kepada isteri itu sebagai ibadah dan pahala supaya mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak.

Lain- Lain Hikmah
Ketika saat seseorang itu dirangsang nafsu seks, biasanya seseorang itu akan hilang pertimbangan dan melupakan alam sekeliling.Oleh itu tidak hairanlah Nabi S.A.W? berpesan agar semasa melakukan persetubuhan / berjimak seseorang itu tidak bersikap seperti binatang , seperti khaldai atau tidak melakukan persetubuan di tempat selain dari faraj atau tidak sewaktu haid dan nifas.

Dengan itu tujuan adab-adab dan peraturan-peraturan diatas diadakan agar seseorang itu bertenang dan bersabar mengikuti satu persatu. Seperti dimulai dengan beristigfar, berwuduk,sembahyang sunat,niat, berdoa,bersenda guraudan bercumbuan serta sebagainya agar nafsu seks dapat dibendung secara tenang dan disalurkan mengikut fitrah, bertata-tertib dan berakhlak. Jika tidak diikuti adab-adabnya, seseorang itu tentu melakukan persetubuhan secara lahap seperti binatang buas dan hal ini memungkinkanakan berlaku kesan sampingan pada kesihatan,kelahiran zuriat yang tidak senonoh, tidak berakhlak, atau pada fizikalnya seperti menyakitkan isteri dan menghilangkan rasa nikmat berjimak.

Indahnya islam.. sampaikan hal-hal berjimak pun diajar untuk beradab, bertata tertib dan sentiasa beribadah…