Memaparkan catatan dengan label safe sex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label safe sex. Papar semua catatan

Perlukah Kita Mengamalkan Seks Yang Selamat?

22 Jun 2013 0 comments


Perlukah Kita Mengamalkan Seks Yang Selamat?Ya! Jauhilah AIDS dengan SEKS YANG SELAMAT. Sesiapa pun boleh dijangkiti HIV, tidak kira lelaki atau wanita, heteroseks, homoseks atau dwiseks. Anda tidak tahu siapa telah dijangkiti virus HIV. Oleh yang demikian, pastikan anda mengamalkan seks yang selamat setiap kali.SEKS YANG SELAMAT ialah seks tanpa pemindahan air mani, cecair faraj atau darah di antara anda dengan pasangan anda. HIV tidak dapat menembusi kulit yang sihat dan tidak berluka. Jumlah virus HIV di dalam air liur tidak mencukupi untuk menyebabkan jangkitan. Setakat ini, tiada sesiapa yang pernah dijangkiti HIV melalui ciuman.PERSETUBUHAN

Cara utama HIV berjangkit adalah melalui persetubuhan tanpa perlingdungan. Air mani, darah and cecair faraj seseorang yang dijangkiti HIV mengandungi banyak virus tersebut. Semasa persetubuhan, virus HIV senang menembusi tisu-tisu sensitif di dalam zakar, faraj atau dubur. Risiko jangkitan masih wujud walaupun zakar ditarik keluar sebelum pancutan air mani. Jadi jangan melakukan persetubuhan tanpa mengunakan kondom serta pelincir walaupun ia berlangsung seketika sahaja.SEKS MELALUI MULUT (ORAL SEKS)Jangkitan HIV mungkin berlaku jika air mani yang mengandungi virus tersebut terkena pada bahagian dalam mulut tetapi risiko ini rendah. Risiko jangkitan HIV adalah lebih tinggi jika mulut anda bersawan atau berdarah. Menghisap zakar adalah selamat asalkan air mani tidak terpancut ke dalam mulut. Gunakanlah kondom supaya air mani tidak terkena pada mulut. Menjilat dan mencium bahagian kemaluan wanita adalah selamat asalkan ia tidak berkudis serta tiada luka atau tengah datang haid.Bagaimana Anda Boleh Berbincang Mengenai Seks Yang Selamat

Bagaimana Anda Boleh Berbincang Mengenai Seks Yang Selamat?Bincang tentang SEKS YANG SELAMAT dengan pasangan anda. Ini adalah penting. Pada mulanya, anda mungkin rasa segan atau susah hendak membangkitkan perkara ini. Anda perlu jujur dan berterus-terang dengan pasangan anda supaya dia memahami dan menghormati kehendak dan batasan anda.Sediakan kondom. Adalah OK untuk merancang dan membuat persediaan untuk perhubungan seks.Walaupun anda sudah tahu cara-cara seks yang selamat, ini tidak bermakna anda tidak akan tergoda dengan seks yang tidak selamat. Anda mungkin melakukan seks yang tidak selamat jika anda menghadapi kesukaran memakai kondom, mabuk, khayal atau terlalu ghairah.

Mungkin anda tengah bercinta ataupun merasa sedih dan kesunyian. Dalam keadaan tersebut, pastikan anda mengamalkan seks yang selamat juga.Sekiranya anda melakukan seks yang TIDAK selamat, tanya diri mengapa demikian. Belajarlah daripada kejadian itu supaya ia tidak berulang lagi. Sediakan diri untuk manghadapi situasi sedemikian.SEKS YANG SELAMAT melindungi anda. Amalkan perhubungan seks yang sihat, kreatif and selamat.Petua Menggunakan Kondom"Petua Menggunakan Kondom.Gunakan kondom yang bermutu baik.Jika anda tidak biasa mengunakan kondom, berlatihlah. Cubalah sendiri atau dengan pasangan anda.

Gunakan pelincir yang berasaskan air seperti KY. Jangan guna pelincir yang berasaskan minyak seperti vaselin atau krim muka. Minyak boleh merosakkan kondom.Bubuh sedikit pelincir ke dalam puting kondom untuk meningkatkan sensiviti.Picit puting kondom supaya tiada udara di dalamnya dan pasangkan pada zakar yang tegang. Masukkan gulungan kondom itu sehingga pangkal zakar.Sapukan lebih lagi KY pada bahagian luar kondom yang dipasangkan itu.Selepas memancut, peganglah pangkal kondom dan tarik keluar zakar semasa ia masih tegang. Tanggalkan kondom itu dengan cermat.Ada berbagai jenis kondom yang anda boleh cuba. Pilihlah yang baik dan bersesuian dengan anda.

http://astore.amazon.com/toolforsexsatisfaction-20

Seks Yang Selamat

30 Mei 2013 0 comments
 Perlukah Kita Mengamalkan Seks Yang Selamat?
Ya! Jauhilah AIDS dengan SEKS YANG SELAMAT. Sesiapa pun boleh dijangkiti HIV, tidak kira lelaki atau wanita, heteroseks, homoseks atau dwiseks. Anda tidak tahu siapa telah dijangkiti virus HIV. Oleh yang demikian, pastikan anda mengamalkan seks yang selamat setiap kali.
SEKS YANG SELAMAT ialah seks tanpa pemindahan air mani, cecair faraj atau darah di antara anda dengan pasangan anda. HIV tidak dapat menembusi kulit yang sihat dan tidak berluka. Jumlah virus HIV di dalam air liur tidak mencukupi untuk menyebabkan jangkitan. Setakat ini, tiada sesiapa yang pernah dijangkiti HIV melalui ciuman.
PERSETUBUHAN Cara utama HIV berjangkit adalah melalui persetubuhan tanpa perlingdungan. Air mani, darah and cecair faraj seseorang yang dijangkiti HIV mengandungi banyak virus tersebut. Semasa persetubuhan, virus HIV senang menembusi tisu-tisu sensitif di dalam zakar, faraj atau dubur. Risiko jangkitan masih wujud walaupun zakar ditarik keluar sebelum pancutan air mani. Jadi jangan melakukan persetubuhan tanpa mengunakan kondom serta pelincir walaupun ia berlangsung seketika sahaja.
SEKS MELALUI MULUT (ORAL SEKS) Jangkitan HIV mungkin berlaku jika air mani yang mengandungi virus tersebut terkena pada bahagian dalam mulut tetapi risiko ini rendah. Risiko jangkitan HIV adalah lebih tinggi jika mulut anda bersawan atau berdarah. Menghisap zakar adalah selamat asalkan air mani tidak terpancut ke dalam mulut. Gunakanlah kondom supaya air mani tidak terkena pada mulut. Menjilat dan mencium bahagian kemaluan wanita adalah selamat asalkan ia tidak berkudis serta tiada luka atau tengah datang haid.
Bincang tentang SEKS YANG SELAMAT dengan pasangan anda. Ini adalah penting. Pada mulanya, anda mungkin rasa segan atau susah hendak membangkitkan perkara ini. Anda perlu jujur dan berterus-terang dengan pasangan anda supaya dia memahami dan menghormati kehendak dan batasan anda.
Sediakan kondom. Adalah OK untuk merancang dan membuat persediaan untuk perhubungan seks.
Walaupun anda sudah tahu cara-cara seks yang selamat, ini tidak bermakna anda tidak akan tergoda dengan seks yang tidak selamat. Anda mungkin melakukan seks yang tidak selamat jika anda menghadapi kesukaran memakai kondom, mabuk, khayal atau terlalu ghairah. Mungkin anda tengah bercinta ataupun merasa sedih dan kesunyian. Dalam keadaan tersebut, pastikan anda mengamalkan seks yang selamat juga.
Sekiranya anda melakukan seks yang TIDAK selamat, tanya diri mengapa demikian. Belajarlah daripada kejadian itu supaya ia tidak berulang lagi. Sediakan diri untuk manghadapi situasi sedemikian.
SEKS YANG SELAMAT melindungi anda. Amalkan perhubungan seks yang sihat, kreatif and selamat.
bullet
Gunakan kondom yang bermutu baik.
bullet
Jika anda tidak biasa mengunakan kondom, berlatihlah. Cubalah sendiri atau dengan pasangan anda.
bullet
Gunakan pelincir yang berasaskan air seperti KY. Jangan guna pelincir yang berasaskan minyak seperti vaselin atau krim muka. Minyak boleh merosakkan kondom.
bullet
Bubuh sedikit pelincir ke dalam puting kondom untuk meningkatkan sensiviti.
bullet
Picit puting kondom supaya tiada udara di dalamnya dan pasangkan pada zakar yang tegang. Masukkan gulungan kondom itu sehingga pangkal zakar.
bullet
Sapukan lebih lagi KY pada bahagian luar kondom yang dipasangkan itu.
bullet
Selepas memancut, peganglah pangkal kondom dan tarik keluar zakar semasa ia masih tegang. Tanggalkan kondom itu dengan cermat.
bullet
Ada berbagai jenis kondom yang anda boleh cuba. Pilihlah yang baik dan bersesuian dengan anda.

Petikan dari:http://www.ptfmalaysia.org/safesex_malay.htm

Kewajipan Bersetubuh Suami Isteri

19 Mei 2013 0 comments
Agama Islam telah menetapkan kewajipan suami iaitu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya. Kewajipan nafkah zahir itu umpamanya memberinya makan, minum, pakaian, perhiasan dan sebagainya. Sedang nafkah batin adalah mengisi dan memuaskan keperluan seksual isteri.
Bagi suami yang mempunyai isteri lebih dari satu maka berkewajipan menggilir isterinya itu menurut kesepakatan mereka bersama. Dan kesempatan itu tidak boleh diingkari. Dengan ketentuan seperti itu menunjukkan bahawa suami mempunyai kewajipan memenuhi hajat seksual isterinya.Begitu juga sebaliknya, seorang isteri pun mempunyai kewajipan melayani hajat seksual suaminya. Isteri tidak boleh menolak bila pada suatu saat ia diperlukan suaminya untuk berhubungan kelamin. Dan ini memang tugas bagi setiap isteri, sebagai imbalan jerih payah suami yang telah dengan sukarelanya memenuhi kewajipan yang dibebankan kepadanya dalam perkahwinan.Dengan adanya kewajipan yang timbal balik antara suami isteri maka dapatlah di penuhi kewajipan seksual masing-masing dengan bersetubuh. Dengan demikian tidak akan terjadi kesimpang siuran di dalam memenuhi hajat mereka berdua. Seperti halnya pada suatu waktu suami mengajak isterinya bersetubuh. Akan tetapi ajakannya itu ternyata ditolak.Demikian pula ada kalanya seorang isteri mengajak suaminya berhubungan kelamin, tetapi ajakan itu ditolaknya. Kalau hal ini berterusan, pasti terjadi kekecewaan dari pihak isteri.
Mengapa sampai terjadi hal seperti itu? Ada dua penyebabnya yang tidak difahami oleh suami isteri iaitu:
a) Kerana suami atau isteri tidak mengetahui tanda-tanda bila biasanya masa berahi keduanya datang. Suami tidak mengetahui tanda dan masa berahi isterinya. Demikian pula isteri tidak mengetahui tanda dan masa berahi suaminya.b) Suami atau isteri tidak mengetahui kemampuan bersetubuh dari ‘partner’nya masing-masing. Suami tidak mengetahui kemampuan bersetubuh isterinya. Begitu juga isteri tidak mengetahui kemampuan bersetubuh suaminya.Apabila kedua penyebab itu dapat diketahui oleh kedua belah pihak, maka tidak akan terjadi kesalahfahaman antara keduanya; kerana tidak ada unsur paksaan atau perasaan terpaksa di dalam setiap hubungan seks. Kedua unsur itu dapat menjadi hambatan dalam mencapai keharmonian dalam rumah tangga.Berapa kalikah suami mampu mengadakan hubungan seks dalam seminggu atau sebulan? Tidak ada jawapan yang tepat mengenai soal ini. Semua orang yang tergolong ahli dalam bidang seksual tidak ada yang menyimpulkan secara tepat. Sesungguhnya bilangan yang normal tidak ada, semuanya berbeza-beza antara satu dengan yang lain. Ada orang yang melakukan hubungan seks sekali pada setiap malam. Ada yang melakukannya dua hari sekali, ada yang setiap tiga hari sekali, ada yang melakukannya sekali dalam seminggu, bahkan ada yang melakukannya 3-4 kali dalam sebulan.Tegasnya tidak ada bilangan yang tetap dalam hal ini kerana kemampuan seksual tidak boleh diukur dari wujud fizik, umpamanya ukuran zakar. Akan tetapi bergantung dari kemampuannya memprodusi air mani, kesihatan badan, makanan yang cukup vitamin, cukup istirehat, perasaan selalu gembira, pengaruh rangsangan-rangsangan yang erotis dan sebagainya. Kesemua itu dapat mempengaruhi kemampuan bersetubuh seseorang.Begitu juga kemampuan seksual menjadi menurun bila terjadi gangguan penyakit, dalam keadaan lapar, bekerja berat, dalam penderitaan, ketegangan-ketegangan perasaan dan lain sebagainya. Oleh sebab itu tidak ada ketentuan waktu yang boleh digunakan sebagai jadual bersetubuh.Agama Islam membenarkan kahwin dengan empat orang wanita. Ketentuan itu tentu erat sekali hubungannya dengan kemampuan seksual seseorang. Kerana empat orang wanita yang dikahwininya itu tentu menuntut nafkah batin kepada suaminya. Dengan demikian, ia wajib menggilir isterinya itu selama empat hari dalam seminggu. Jadi melihat peraturan Islam yang demikian, kemungkinan besar secara alamiah rata-rata manusia itu mempunyai kekuatan atau kemampuan senggama empat kali dalam seminggu.Mengenai bila datangnya masa berahi wanita, pengetahuan ini memang perlu diketahui oleh setiap wanita sebab mengajak isterinya bersetubuh di saat-saat ia tidak ada ghairah seksual, hasilnya tentu tidak memuaskan kerana hubungan seks yang dilakukan keduanya atas dasar suka sama suka dan saling hajat-menghajatkan. Ertinya di dalam batin isterinya tidak ada kehendak untuk menolak. Di sinilah perlunya seorang suami yang dapat mengetahui masa berahi isterinya.Menurut Marshall dalam Physiology of Reproduction, dia menulis “Masa bangkitnya nafsu berahi wanita pada umumnya sehabis menstruasi (haid)”. Sedang menurut Ellis adalah sebaliknya iaitu sebelum datangnya masa haid, hanya kadang-kadang saja nafsunya memuncak sehabis haid.Pada tahun 1918 Marie Stopes dalam bukunya yang popular Married Love mengatakan bahawa rata-rata nafsu seks wanita menjadi naik dan mencapai puncaknya dua kali dalam sebulan. Iaitu satu kali dalam dua minggu, sedang pada waktu haid nafsu itu turun serendah-rendahnya. Dari ketentuan-ketentuan yang diberikan oleh Marie Stopes itu, maka pada tahun 1919 Dr Havelok Ellis membuat kesimpulan sebagai berikut:i.Pada wanita memang ada gelombang syahwat yang teratur, yang sejalan dengan gelombang haid.ii.Ada dua puncaknya yang tertinggi pada gelombang itu.Dari berbagai pendapat di atas itu, kiranya ada satu pendapat yang agaknya bersesuaian dengan firmah Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:“Maka apabila mereka telah suci (dari haid) maka datangilah mereka dengan cara yang diperintahkan Allah kepada kalian”.(Al-Quran, Surah Al Baqarah Ayat 222)

Iklan:Mengembalikan nostalgia keintiman malam pertama..

Sebagai suami sejati, adakah anda ingin:

1. Meningkatkan tahap kecergasan dan stamina keseluruhan tubuh?
2. Meningkatkan ketegangan, kekerasan dan zakar kembang seperti ular tedung?
3. Bertahan lama "under control - climax" sehingga isteri puas?
4. Ingin menjana pendapatan yang lumayan?

Sebagai isteri yang penyayang, adakah anda ingin:

1. Meningkatkan tahap kecergasan dan stamina keseluruhan tubuh?
2. Meningkatkan tahap berahi (mood) "sex libido" dan daya kekuatan kemutan vagina?
3. Melayani suami anda dengan aroma berahi & penuh kenikmatan?
4. Ingin menjana pendapatan yang lumayan?

Sekarang, apakah persoalan yang terbayang di benak fikiran anda?

Bagaimanakah caranya?
Adakah ia memerlukan produk tertentu & berapakah kosnya? Mahal ke?
Betul-betul berkesan ke?
Ada side effect ke?
Ada kelulusan dari Kementerian Kesihatan ke?
Diluluskan oleh JAKIM ke?
Nak jana pendapatan tu kena jual barang ke? Saya tak pandai menjual lah.
Berapa pulak modalnya kalau nak berniaga? Saya takde duit lah.
Saya boleh terangkan jawapannya, cuma klik pautan ini... 
Dicetak dari :http://seronoknye.blogspot.com

Ilmu sex

4 Mei 2013 0 comments
Hubungan seks bukan hanya sekadar dorongan nafsu. Setiap perilaku dalam hubungan seks perlulah dilakukan dengan ilmu yang dipelajari. Ilmu seks perlu turut dipelajari dengan ilmu untuk mengekal kasih sayang dan cinta suami isteri.
Kenikmatan seks bukan untuk seorang. Kenikmatan seks adalah untuk suami dan isteri yang melakukan hubungan seks. Setiap pasangan perlu tahu bagaimana untuk memuaskan pasangannya dan kenapa ia dilakukan.

(1) Makanan sebagai penaik nafsu. Coklat, tiram dan asparagus adalah antara makanan yang boleh menaikkan nafsu seks. Jadikan ia hidangan utama sewaktu makan malam atau pencuci mulut untuk coklat dan ais krim. Hidangkan minuman koko yang sememangnya boleh menimbulkan rasa berahi. Makan makanan berkhasiat untuk menjaga badan supaya sentiasa sihat. Badan yang sihat akan membuat otak pun sihat dan segar. Otak adalah organ seks yang paling utama.

(2) Pilih kondom yang bermutu. Selain mengelakkan kondom bocor sewaktu ia digunakan, kondom yang mahal dan bermutu adalah lebih nipis dan dibuat untuk memberikan rasa yang lebih semula jadi. Pelbagai dengan penggunaan kondom yang mempunyai bentuk-bentuk khusus untuk meningkatkan rasa nikmat sewaktu melakukan hubungan seks. Jika tiada keperluan memakai kondom (perempuan makan pil), memakai kondom yang bersesuaian boleh menimbulkan rasa berahi yang berlainan. Ia juga merupakan kepelbagiaan dalam seks.

(3) Beli minyak wangi yang mahal dan simpan khusus untuk tujuan seks. Wangian yang bersesuaian akan merangsangkan otak, organ seks yang utama. Begitu juga sebelum melakukan seks, mandi dengan haruman lembut dan bersih. Wangikan bilik dengan haruman lembut dan menyenangkan. Ia akan menimbulkan rasa keselesaan dan kesenangan dan menimbulkan rasa berahi yang tinggi.

(4) Kebersihan penting. Mandi dengan haruman dan gosok gigi. Rasa bersih, selesa dan senang akan menimbulkan kehendak seks yang meninggi.

(5) Mulakan hubungan seks dengan pemanasan atau foreplay. Mulakan dengan belaian lembut, mainan lembut dan ciuman manja. Mulakan rabaan tangan dengan gosokan dibelakang badan barulah ia dikembangkan kepada bahagian-bahagian lain. Ciuman ditelinga dan leher akan menimbulkan rasa berahi kepada wanita dan lelaki. Pastikan semua bahagian badan dibelai dan diransangkan sebelum melakukan hubungan seks. Luangkan masa 10 ke 15 minit untuk pemanasan sebelum seks.

(6) Lelaki perlu bertahan untuk 5 minit.5 minit adalah standard masa untuk menentukan lemah tenaga batin atu tidak. Ada pelbagai cara untuk mengelakkan pancutan awal. Antaranya keluar masuk dengan kiraan tempo laju dan perlahan. Gunakan kain bersih untuk lap air berahi faraj wanita dibatang setiap kali rasa kegelian hendak terpancut. Petua yang lain adalah sewaktu awal lima minit ini untuk memikirkan perkara lain selain seks.

(7) Kenali klimak wanita. Ramai lelaki tidak tahu bagaimana wanita klimak atau mencapai orgasm. Yang lagi merumitkan setiap wanita ada caranya tersendiri. Tanda yang biasa kepada semua wanita sewaktu orgasm atau klimak, erangan kuat berserta badan menggigil dan pelukan kuat diberikan pasangannya. Jika berkesempatan akan kelihatan badan memerah terutama seluruh muka.

(8) Pelbagaikan posisi seks. Mempelbagaikan posisi seks tidak bermaksud dalam satu malam itu anda dan pasangan anda melakukan pelbagai posisi dalam hubungan seks. realiti, dalam satu malam mungkin hanya satu dua posisi sahaja. Kepelbagaian disini bermaksud apabila lakukan hubungan seks, pada malam ini lakukan cara biasa depan berdepan, pada malam berikutnya mungkin lebihkan cara "doggy" dan malam lainnya mungkin lebihkan cara gunting. Satu malam tumpuan satu posisi sehingga sama-sama puas.

(9) Afterplay juga penting. Selepas lelaki puas dan pancut ke dalam, jangan terus tidur. Pastikan anda memuaskan pasangan anda. Jika pasangan anda telah puas, belai-belai lembut, berikan ciuman sayang dan ucapan terima kasih. Penting, bawa dia sarapan pagi esok harinya.

(10) Tanda asmara, sedutan dileher atau buah dada. Tanda-tanda ini akan meninggalkan kenangan dan akan menimbulkan rasa rindu apabila tanda-tanda itu hilang. Hati-hati jangan timbul rasa sakit apabila membuat gigitan, biarlah gigit dengan lembut.
Petikan http://sites.google.com/site/skyfruit08/sex%26ilmu

Kesihatan Sesual

27 Apr 2013 0 comments
kesihatan seksualKESIHATAN SESUAL adalah keupayaan lelaki dan wanita melakukan aktiviti seks dengan bertanggungjawab dan selamat.
Memang tidak dapat dinafikan, perhubungan seks yang tidak memuaskan akan mempengaruhi kualiti hidup pasangan.

Masalah seks yang sering dialami oleh kaum lelaki adalah disfungsi erektil atau dikenali sebagai mati pucuk.
Disfungsi erektil adalah ketidakupayaan untuk
mengekalkan atau mengukuhkan ketegangan zakar sewaktu perhubungan seks.
Disfungsi erektil turut berkait dengan masalah lemah tenaga batin dan masalah pengeluaran air mani.

Sesetengah lelaki berpendapat bahawa pengurangan fungsi erektil adalah biasa apabila umur meningkat.
Pada halnya, punca-punca lain seperti tahap kesihatan yang lemah, pengambilan ubat-ubatan tertentu, faktor psikologi dan gaya hidup yang tidak sihat turut mengganggu fungsi erektil.
Masalah kesihatan yang berkaitan dengan aliran darah yang lemah seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kolesterol tinggi selalunya menjadi punca bagi masalah disfungsi erektil dan masalah lemah syahwat.

Namun begitu, masalah kesihatan bukan satu-satunya punca bagi masalah ketidakupayaan seks. Sering kali, pengambilan ubat-ubatan tertentu yang menjadi punca sebenarnya.Penumpuan pada minda dan tubuh amat diperlukan semasa aktiviti seksual. Gangguan emosi akibat daripada kemurungan, tekanan, konflik, perasaan bersalah dan rendah diri ataupun perasaan risau mengenai prestasi seksual boleh menyebabkan atau memburukkan lagi masalah disfungsi erektil.

Selain itu, gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan, pil “rekreasi” dan diet yang tinggi kandungan kolesterol turut mempengaruhi kualiti seks.
Dengan jelas, masalah ketidakupayaan seks boleh berpunca dari segi fizikal atau psikologikal. Oleh itu, pengenalpastian tentang punca sebenar adalah penting bagi mendapatkan penyelesaian yang efektif.
Ramuan herba merupakan penyelesaian yang asas bagi masalah ketidakupayaan seks.

Sejak dahulu lagi, herba telah diguna untuk meningkatkan prestasi seksual dan tenaga batin serta mengurangkan kelesuan selepas perhubungan seks.
Kini, keberkesanan bagi sesetengah formulasi herba dalam peningkatan kesihatan seks telah mendapat pengenalpastian daripada kajian saintifik.
sumber :http://seks2u.com/blog/kesihatan-seksual/

Akibat Beronani

4 Apr 2013 0 comments
Saya akan berkahwin dalam masa terdekat ini. Jadi, saya sungguh khuatir jika tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.

Untuk pengetahuan doktor, saya sebenarnya suka beronani, lebih-lebih lagi dengan wujudnya telefon mudah alih yang canggih dewasa ini, jadi ia sangat menyenangkan saya untuk menonton rakaman yang saya muat turun.

Sekarang saya sungguh khuatir apabila mengenangkan tarikh kahwin yang semakin hampir kerana saya beronani pun tidak sampai dua minit, jadi ini lagi menambahkan kekusutan saya bagi menghadapi saat bahagia yang akan menjelma tidak lama lagi.

Apa perlu saya lakukan bagi membaiki diri ini dan menghadapi perkahwinan yang bakal menjelma? Tolonglah saya memulihkan semangat dan kekuatan kelakian saya.

-----------------------------

Anda menggunakan teknologi canggih terkini secara negatif, iaitu muat turun klip lucah untuk anda mendera anggota kelamin yang anda sendiri tahu akan melemahkan lagi fungsinya.

Bayangkan keadaan anda bukan hanya akan mengalami masalah cepat klimaks akibat kecuaian itu, malah boleh mengalami mati pucuk (kerosakan tisu lembut dan tisu pengembang zakar) dalam umur yang muda! Bertaubatlah dan jangan sia-siakan kehidupan anda.

Mungkin untuk mengenali fungsi syahwat dan ejakulasi anda mencuba mengurut anggota kelamin dan anda mengenali proses itu yang akan berlaku apabila anda kahwin kelak.

Pengenalan itu mencukupi bagi anda untuk menjinakkan diri dengan pasangan anda dan sama-sama menikmati keseronokan syahwat serta membantu satu sama lain dalam hubungan intim.

Ini yang sepatutnya, tapi untuk anda lain pula cerita, mendera dan membelasah anggota kelamin untuk seronok sendiri dan kemudian khuatir pula dan takut tidak dapat memuaskan pasangan.

Saranan saya kepada anda ialah, hentikan amalan onani dan amalkan gaya hidup sihat, henti merokok dan lakukan senaman berkala.

Senaman dapat membina tenaga dan stamina, sekali gus secara langsung dapat meningkatkan daya dan tumpuan minda dan dapat meningkatkan keyakinan diri.

Anda akan dapati apabila mula serasi dengan pasangan anda dan dia juga mengalami keadaan sama, ia akan membuatkan anda berdua menghayati keseronokan hubungan intim tanpa batasan.

~ Dr Ismail Thamby

Kehidupan Seks Secara Sihat

0 comments
SEBAGAI pasangan suami isteri adakah anda menikmati kehidupan seks secara sihat sepuasnya? Atau anda tidak pasti akan jawapannya sehingga kadang kala membuat perbandingan kehidupan seks anda dengan rakan anda.
Sebenarnya tindakan itu salah. Jangan sesekali membuat perbandingan tersebut kerana ia hanya mengundang padah dalam perhubungan suami isteri.Hakikat sebenarnya, sesebuah perhubungan kelamin suami isteri itu unik. Setiap pasangan mempunyai cara yang berbeza
mengemudikannya.Apa yang baik untuk orang lain tidak semestinya baik untuk anda. Ada beberapa panduan yang boleh digunakan sebagai ukuran adakah anda menjalani kehidupan seks yang sihat atau sebaliknya.

Tanda pertama - Perhubungan anda sihat
Pasangan suami isteri yang sihat, akan sentiasa berbicara tentang apa yang berlangsung dalam kehidupan mereka.
Mereka tidak membataskan diri tentang isi perbualan termasuk dalam isu perhubungan seks. Jika terdapat sesuatu yang tidak kena ataupun kepuasan seks yang dihajati tidak tercapai, mereka akan menyuarakannya.
Pasangan yang sihat juga lebih realistik dan memahami kemampuan pasangan masing-masing.

Tanda 2 - Eksperimen dalam bilik tidur
Pasangan suami isteri yang suka melakukan eksperimen dalam hubungan kelamin adalah tanda mereka berpuas hati dengan kehidupan seks mereka.
Jangan salah faham, apa yang dimaksudkan di sini bukanlah seks melampau yang tidak dituntut syarak.
Eksperimen yang dicadangkan cukuplah dengan mengajak pasangan sesekali menukar posisi, mencuba beberapa gaya terbaru atau boleh juga menukar lokasi seperti di kerusi atau sofa.
Katil bukanlah tempat yang wajib untuk hubungan seks. Dengan mencuba idea terbaru ini bukan sahaja mudah malah membuktikan kebahagiaan anda berdua.

Tanda 3 - Ikhlaskan hati untuk hubungan seks
Pernahkah anda terasa bahawa hubungan seks kini berbeza dengan ketika di awal perkahwinan?
Sudah bertahun kahwin, jadi seks itu umpama kewajipan asas suami isteri sahaja. Ia bukan lagi sesuatu yang dinikmati dengan penuh perasaan. Padahal seks adalah satu perkara yang anda dan pasangan lakukan dengan penuh keseronokan.
Pastikan anda menikmati puncak kenikmatan dan melakukannya kerana keikhlasan hati untuk pasangan anda.

Tanda 4 - Seks sebagai rutin dalam perhubungan
Bukanlah sesuatu yang pelik untuk meletakkan seks sebagai perkara terakhir dalam sesuatu perhubungan. Dalam situasi di mana anda mempunyai sebuah keluarga, anak-anak dan pekerjaan seks menjadi perkara yang sukar untuk dilakukan setiap hari.
Pasangan yang sentiasa cuba mewujudkan masa untuk hubungan seks sekerap mungkin adalah pasangan yang mempunyai perhubungan seks yang sihat. Jadilah lebih spontan.

Tanda 5 - Seks bukan sekadar hubungan, ia lebih dari itu
Seks lebih dari sekadar hubungan kelamin. Gurau senda dan sentuhan awal amat penting untuk hubungan seks yang sihat dan ceria. Pastikan anda lebih kreatif setiap hari supaya ada kejutan untuk pasangan anda.
Sebagai contoh, tinggalkan nota-nota indah atau boleh juga menghantar hadiah secara mengejut ke pejabat.
Tindakan ini boleh membuatkan pasangan anda teruja. Walaupun lepas seks berakhir anda masih romantik, itulah tanda hubungan seks anda sesuatu yang sihat. Jika salah satu tanda di atas ada menerangkan tentang kehidupan seks anda, maka anda boleh menikmati kehidupan seks yang sihat dan gembira.

Badan sihat dengan seks

19 Mei 2012 0 comments
NEW YORK: Lelaki yang melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya dua kali seminggu mampu mengurangkan hingga separuh terhadap kemungkinan diserang sakit jantung.Kaji selidik terhadap 1,000 lelaki dilaksanakan Institut Penyelidikan New England di Massachusetts menunjukkan risiko menghidap sakit jantung mereka yang melakukan seks dua kali seminggu kurang 45 peratus berbanding lelaki yang melakukannya sekali atau kurang setiap bulan.Badan sihat dengan seks.

Kaji selidik itu bagaimanapun tidak mengkaji sama ada ia turut memberi kebaikan kepada wanita.Kajian Penuaan Lelaki itu bermula 1987 dan membabitkan responden berusia antara 40 hingga 70 tahun.Setiap responden akan disoal siasat pada waktu tertentu dalam tempoh 16 tahun untuk mengetahui kadar melakukan seks dan pemeriksaan dilakukan untuk mengenal pasti sama ada mereka menghidap penyakit jantung atau sebaliknya.Penyelidik turut mengambil kira faktor lain, termasuk usia, berat badan, tekanan darah dan kadar kolesterol.Selain hasil utama yang disiar di Jurnal Kardiologi Amerika, kaji selidik turut mendapati seks turut memberi kesan positif terhadap fizikal dan juga emosi individu.Lelaki yang kerap melakukan seks lebih sihat kerana ia meningkatkan kesihatan kardiovaskular tapi selain itu lelaki ini akan lebih mesra dengan pasangannya sekali gus meningkatkan kesihatannya kerana beliau tidak menghadapi tekanan perasaan.

Sebelum ini, kaji selidik Insitut Barah Nasional AS menunjukkan mereka yang mencapai puncak ketika melakukan seks kurang risiko menghidap barah prostat.
Manakala penyelidik di Universiti Wilkes, Pennsylvania mendakwa hubungan seks sekali atau dua kali pada musim sejuk didakwa mengurangkan kebarangkalian menghidap selesema atau demam.Menurut kajian, aktiviti seks meningkatkan penghasilan immunoglobulin A atau IGA yang bergabung dengan virus yang menceroboh tubuh dan kemudian mengaktifkan sistem ketahanan badan untuk memusnahkannya.
Info dari http://berita-harian-online.com/badan-sihat-dengan-seks/