Memaparkan catatan dengan label lelaki bermasalah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lelaki bermasalah. Papar semua catatan

Lebih dari 1.7 Juta Lelaki Malaysia Mengalami Masaalah SEKS

5 Okt 2013 0 comments
SEMAKIN ramai lelaki di Malaysia sedang menderita dalam senyap. Bukan kerana kesakitan yang mudah dikesan melalui pandangan orang lain, tetapi masalah yang terlalu personal hingga menjejaskan semangat dan keyakinan diri empunya badan.
Apa yang dimaksudkan adalah masalah yang berkaitan keupayaan biologi anggota sulit mereka iaitu disfungsi erektil (ED).
Lebih menyedihkan, lelaki yang menghidap masalah ini seolah-olah tidak menghargai diri mereka dengan mengelak daripada mendapatkan bantuan kaunseling dan rawatan perubatan yang sewajarnya.
Dalam kajian tahun 1997 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Frank Small & Associate, terdapat 1.7 juta lelaki dalam lingkungan usia melebihi 40 tahun menderita masalah berkaitan ED di negara ini.
Lanjutan kajian yang turut melibatkan pakar dari New England Research Institute di Boston, Amerika Syarikat itu pula mendapati bahawa jumlah itu meningkat kepada 2.3 juta orang pada tahun 2003.
Pakar urologi yang sinonim dengan masalah sakit tuan, Dr. Mohd. Ismail Thamby menyatakan, berbanding wanita, lelaki sering berada dalam ’sindrom’ penafian mengenai keadaan mereka. Soal ED umpama satu tabu.
“Ini terjadi kerana ego. Bayangkan berapa ramai di kalangan lelaki hari ini yang berperang dengan masalah ini tetapi malu atau takut untuk menyuarakannya.

“Sikap tidak peduli seperti ini mendatangkan risiko memandangkan masalah seksual lelaki seperti ED perlu ditangani segera, sama seperti kita peka pada penyakit kronik lain,” ujar Ismail yang berkhidmat di klinik beliau di Hospital Pakar Damai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Andropaus juga istilah yang belum diterima secara terbuka oleh lelaki masa kini.
Walaupun hakikatnya ia mengakibatkan hormon testosteron mula berkurangan bermula usia 40 tahun dan terus menyusut dalam kadar satu hingga dua peratus setiap tahun, andropaus bukanlah satu ancaman terhadap upaya fizikal, stamina dan kesihatan.
Sebagai langkah awal mengendalikan simptom keletihan dan gangguan mood dalam lingkungan usia tersebut, lelaki perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan sentiasa mengambil diet yang sihat selain rajin bersenam.
Kawalan terhadap stres dan depresi juga membantu seseorang mencapai keseimbangan hidup.
Kegagalan upaya ketegangan zakar untuk kekal lama dan fungsi penetrasi disebabkan oleh aliran darah yang tidak sempurna di bahagian alat kelamin itu. Ia juga disebabkan oleh otot pelvik yang lemah.
Pelbagai jenis rawatan hasil kejayaan bidang sains dan teknologi boleh dicuba antaranya seperti pam vakum, sistem gel salur kencing, implan silikon dan penyelesaian farmakologi.
“Usaha awal adalah dengan mendapatkan maklumat yang betul dan seterusnya berikhtiar untuk berubat.
“Perbincangan secara privasi boleh mendorong penderita ED untuk meluahkan isi hati,” pesan Ismail dalam banyak siri ceramah beliau.
Mereka yang mengalami tanda-tanda ED dan yang berkaitan dengan keupayaan seksual dinasihatkan agar berfikir sehabis-habisnya sebelum percaya kepada kaedah perubatan tradisional seperti mengurut dan amalan pemakanan yang pelik.
Cara mengurut juga satu pilihan popular namun belum tentu berkesan. Urutan batin biasanya melibatkan tekanan ke atas saraf pada alat sulit dan pangkal zakar.
Jika ia terus dilakukan dengan kasar atau dikendalikan oleh tukang urut yang tidak berpengalaman dalam soal saraf, masalah lain boleh berlaku seperti radang pada pangkal zakar dan buah zakar.
Petikan dari: http://seks-hebat.blogspot.com

Mampukah Lelaki Bermasalah Mikropenis Puaskan Pasangan

31 Mac 2013 0 comments
Kebiasaannya kes membabitkan mikropenis hanya dikesan selepas seseorang lelaki mencapai umur baligh. Ini dapat dilihat apabila berlakunya peningkatan kes yang mula direkodkan peringkat usia ini.
Seseorang yang menghadapi masalah mikropenis akan menempuh proses baligh sama seperti remaja lain. Cuma bagi kumpulan yang menghadapi masalah ini, saiz zakar tidak berubah.
Mengikut istilah, mikropenis adalah keadaan di mana ukuran zakar adalah lebih dari 2.5 deviasi standard di bawah saiz zakar normal.
Tiga kajian seumpamanya sudah dikendalikan di negara Barat. Ukuran zakar yang dijadikan rujukan adalah seperti berikut :
• Panjang purata ketika lembik dari 3.4 inci ke 3.7 inci ( 8.3 sentimeter ke 9.3 sm )
• Panjang purata ketika keras dari 5.1 inci ke 5.7 inci ( 12.9 sm ke 14.5 sm )
Bagaimanapun, perlu diigat ukuran ini adalah saiz untuk lelaki barat yang mempunyai saiz zakar yang berbeza dari orang asia. Di asia, belum ada lagi kajian ukuran zakar boleh dijadikan panduan. Namun, melalui rujukan menyebut saiz zakar lelaki Asia berukuran antara 9-14 sentimeter (sm) ketika ereksi dengan ukur lilitnya antara 9-13 sm.
Mikropenis terjadi disebabkan masalah yang berlaku ketika janin. Terdapat dua punca utama iaitu kromosom dan hormone yang abnormal.
Seseorang yang mengalami mikropenis boleh menjalani hubungan seksual normal dan dapat memuaskan pasangan. Ini kerana hubungan seks bukan bergantung kepada saiz zakar semata-mata.
Kajian yang dilakukan negara barat menunjukkan 75 peratus dari lelaki yang mengalami masalah mikropenis dapat menjalani hubungan seksual secara normal. Mereka juga dapat memuaskan pasangan. Seseorang yang mempunyai masalah mikropenis juga boleh mendapat zuriat sama seperti lelaki lain.


Kebanyakkan lelaki menganggap saiz zakar paling penting dalam hubungan seks. Malah, ramai di kalangan lelaki menganggap saiz zakar mereka adalah kecil jika dibandingkan dengan rakan yang lain.
Sebenarnya, tanggapan itu salah kerana kepuasan dalam hubungan jenis bukan sahaja bergantung kepada saiz zakar. Hubungan seks yang hebat boleh berlaku tanpa menggunakan zakar.
Jika ada di kalangan anda yang mempunyai mikropenis sekalipun, sebaik-baiknya rawatan adalah dengan menerima keadaan diri-sendiri. Anda perlu yakin dengan saiz zakar dan mampu untuk menjalani kehidupan seks secara normal.
Ini kerana rawatan mengatasi keadaan mikropenis iaitu melalui pemberian hormone membesarkan saiz zakar perlu bermula ketika lelaki masih kanak-kanak dan hampir baligh.
Ada juga rawatan secara pembedahan boleh dilakukan untuk membesarkan zakar. Namun, rawatan secara pembedahan ini mempunyai pelbagai masalah tersendiri dan tidak member hasil yang baik dari aspek kepuasan.
Namun kini terdapat alternatif rawatan lain selain melakukan pembedahan.
Terdapat beberapa produk yang berkesan untuk pembesaran penis seperti Andropenis Gold (Laman web rasmi)dan ProExtender (Laman web rasmi)). Kedua-dua produk ini telah dipatenkan oleh banyak negara dan mendapat banyak testimoni positif dari doktor dan para pesakit.
Terdapat juga alternatif lain iaitu Pil Vimax (Laman web rasmi) dari Canada antara Top 3 ranking dalam kategori pil pembesaran zakar paling berkesan. Walaupun harganya agak mahal, namun ianya terbukti berkesan dan mendapat banyak testimony positif dari dalam dan luar negara.
Dicetak dari:http://www.isteripuas.com

6 Cara Menambah Bilangan Sperma

14 Okt 2012 0 comments
Artikel blog post pada minggu ini saya ingin kongsikan sesuatu yang boleh dikatakan agak serius jika tidak diambil berat hal ini. Ianya berkaitan mengenai kesuburan kaum Adam atau lelaki. Hah, adakah anda bro-bro di luar sana benar-benar yakin yang diri anda tu subur? :-) Kesuburan seseorang lelaki itu dipengaruhi oleh kuantiti dan kualiti sel sperma yang dihasilkan di testis.Satu petanda yang mudah untuk kita lihat jika sepasang suami-isteri itu mengalami masalah kesuburan ialah dengan melihat kemampuan mereka untuk menimang cahaya mata. Bayangkan setelah setahun lebih anda berkahwin tapi anda masih gagal hamil (bagi isteri). Adakah ianya disebabkan oleh si isteri?
Tak semestinya. Kaum lelaki turut ada risiko untuk mengalami masalah ketidaksuburan. Bayangkan jika setelah anda lakukan ujian kesuburan di hospital dan doktor mengesahkan anda (suami) tidak subur! Bilangan sperma anda tak cukup atau tidak sihat dalam kata lain.
Usah risau, dalam artikel ini, saya kongsikan bersama anda 6 cara bagaimana anda boleh menambah bilangan sperma anda.
  • Tingkatkan pengambilan makanan kaya dengan unsur zat besi (zinc). Contoh makanan yang tinggi kandungan zinc ialah tiram. Selain itu banyakkan memakan daging kambing, lembu, kekacang dan majerin sunflower. Satu lagi jenis makanan yang tidak kurang pentingnya juga ialah tomato. Tomato mengandungi unsur lycopene yang mampu meningkatkan bilangan sperma.
  • Amalkan pemakanan vitamin dan herba yang boleh meningkatkan penghasilan sperma. Contohnya seperti vitamin C dan E di mana ianya mampu meningkatkan keupayaan sperma untuk berenang dan bergerak. Bagi herba pula anda boleh pergi ke kedai farmasi dan cari suplemen yang kaya dengan maca, ginkgo biloba, muira puama atau horny goat weed (epimedium).
  • Lakukan Senaman Kegel. Senaman Kegel ialah senaman bagi mengemut otot PC anda (otot ketika anda tahan kecing). Ianya mampu bukan sahaja menambahkan isipadu pancutan sperma malah dapat juga memberi kemampuan anda menahan dan mengawal pancutan ari mani anda ketika bersama isteri.
  • Pastikan anda setiasa terhidrasi. Maksudnya, banyakkan meminum air kosong bagi mengelakkan sel-sel dalam badan anda kering. Minumlah sekurang-kurangnya 6 gelas air kosong sehari. Elakkan meminum kopi yang banyak kerana ianya akan membuatkan sel-sel sperma anda ter-dehidrasi iaitu kehilangan air dalam sel.
  • Kerapkan lakukan hubungan intim bersama isteri anda. Ya, memang apa yang anda baca ini benar. Anda perlulah banyakkan hubungan intim bersama isteri anda untuk meningkatkan lagi kebarangkalian agar persenyawaan sperma anda dan ovum isteri anda boleh berlaku. Sel sperma hanya mampu bertahan dan subur setiap 24-36 jam sekali. Selepas tempoh masa tersebut, sel-sel sperma akan ‘dikitar semula’ dan akan menghasilkan semula sel-sel sperma yang baru di mana ianya akan mencapai tahap kematangan 24-36 jam seterusnya.
  • Rajin bersenam. Tak perlu anda menjadi seperti seorang atlet atau pemain bola sepak bertaraf dunia. Hanya sekadar berjogging pun sudah memadai. Senaman mampu meningkatkan kadar pengaliran darah ke bahagian zakar anda serta meningkatkan tahap testosterone. Apa yang pastinya, senaman ialah baik untuk kesihatan seks anda.
Demikianlah beberapa tips yang boleh anda cuba amalkan dalam meningkatkan tahap kesuburan anda sebagai seorang lelaki. InsyaAllah, dengan usaha yang betul dan doa yang tidak putus-putus, anda mampu juga menimang cahaya mata seperti yang anda idam-idamkan.
Untuk lebih banyak lagi panduan dan tips dalam meningkatkan tahap kesuburan lelaki, anda boleh layari laman web LelakiSubur.Com ini. Klik sini untuk lebih lanjut. Terdapat satu panduan lengkap yang mampu memberi anda panduan langkah-demi-langkah bagaimana anda boleh tingkatkan kesuburan anda.
Jangan lupa untuk Share kan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook atau dimana-mana ya jika anda rasakan ianya bermanfaat. Hanya klik butang Share berwarna biru di bawah artikel ini.

Apa Suami Perlu Buat Jika Isteri Tidak Puas!

13 Mei 2012 0 comments

Salam 1Malaysia
Kali ini saya hendak berkongsi cerita isteri tidak puas diranjang kepada  pembaca blog ni dan apa suami perlu buat jika isteri tidak puas!!! Berikut adalah cerita dari seorang isteri yang berasal di Kuala Lumpur:

“Saya seorang wanita berstatus isteri berusia 30 an bekerja dalam sektor perbankan dan suami berusia akhir 30 an, dia seorang eksekutif pemasaran, kami mempunyai dua orang anak, lelaki dan perempuan.

Sepanjang tujuh tahun perkahwinan, saya tidak menikmati kebahagiaan dan kenikmatan dalam hubungan suami isteri. “Kami sentiasa sibuk dengan urusan sendiri, hinggakan tidak ada ruang waktu untuk kami bersenda gurau. Suami tidak begitu memperdulikan saya dan urusan rumah tangga. Suami saya kurang memberi perhatian kepada saya terutamanya dalam hubungan komunikasi, kewangan, kasih sayang dan masa. Segala-gala urusan rumah tangga terletak di bahu saya.

Kini kami saling menyayangi dan saya rasa bahagia kerana dia sentiasa mengambil berat dan memahami masalah saya, tetapi sampai bila hubungan kami akan berakhir saya sendiri tidak tahu ”

Bukan seorang dua wanita yang menghadapi masalah seperti cerita wanita di atas, tetapi ramai isteri mengakui bahawa mereka bosan, tidak puas dan kurang mendapat perhatian dari suami, sehingga ada di kalangan mereka menjalin hubungan dengan lelaki lain untuk mendapatkan kepuasan dan perhatian insan begelar lelaki. Jika situasi sebegini bagaimana cara untuk mengatasinya?

Tentu sahaja mengatasi masalah dengan menjalin hubungan dengan lelaki lain hanya mengundang risiko dan ia jelas menyalahi agama dan boleh memberi tang-gapan buruk terhadap wanita itu sendiri.

Risiko lain yang mungkin terjadi ialah bila suami atau isteri lelaki mengetahui hubungan anda. Sebelum hu-bungan terlarang berlanjutan, hentikan segera hubungan dan cari jalan bagaimana mengatasi masalah dengan suami secara terbuka, penuh diplomasi agar hubungan yang dingin tidak terus dingin.

Apa yang perlu, sebagai wanita dan isteri, anda harus bersedia untuk berbincang, sedia bertolak ansur, dikritik. Masa yang sama anda juga harus tegas menyuarakan hak anda sebagai isteri demi-oienjalin semula keharmonian rumah tangga yang semakin lesu.

http://tinyurl.com/7yenzep

Apa perlu dilakukan oleh isteri :

1- Perbaiki kelemahan diri, kenal pasti apa kelemahan dan kekurangan pada diri sendiri sehingga suami sentiasa tiada masa untuk bersama anda dan kelat di rumah serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami.

2- Kenalpasti apa faktor menolak yang ada di rumah sehingga dia terlalu sibuk dengan kerja dan kerjayanya di luar.

3- Bersedia untuk berbincang, jika suami tidak memulakan, anda boleh mulakannya, tetapi gunakan pendekatan yang tidak menyemarakkan lagi kemarahan-nya atau menyebabkan suami enggan berbincang.

4- Bersedia untuk dikritik dan bersedia mempertahankan diri.

5- Tidak mencari kesilapan sesiapa, sebalik mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama.

6- Segera berdamai, jika sudah mencapai kesefahaman.

7- Saling memaafkannya dan tidak mengungkit cerita lama.

Apa perlu dilakukan oleh suami:

1- Apabila isteri ajak berbincang, itu tanda hubungan anda dengannya ada masalah. Maka beri peluang dan bersedia berbincang dengannya dalam keadaan yang tenang bukan tertekan.

2- Segala keluhan dan rasa tidak puas hati itu adalah tanda isteri menyayangi anda bimbang jika anda berterusan dingin terhadapnya itu boleh meretakkan hubungan suami isteri.

3- Sedia ditegur dan mengubah perlakuan jika untuk kebaikan bersama.

4- Jika tidak setuju, beri alasan munasabah dan jangan menyalahkan isteri. Sebaliknya beri cadangan yang lebih realistik yang boleh diterima.

5- Jika sedia berubah, jangan mengulangi perlakuan yang tidak disukai pasangan.

Dapatkan lebih infomasi di  http://tinyurl.com/7yenzep