Home » » Senaman Wanita Untuk Stamina Seks

Senaman Wanita Untuk Stamina Seks

27 Jan 2012 0 comments
Hubungan seks yang memuaskan bukan hanya bergantung kepada aspek emosi semata-mata. Lelaki dan wanita perlu pastikan stamina mereka sentiasa konsisten. Kekuatan stamina juga memainkan peranan penting untuk memberi kepuasan dalam hubungan intim. Pastinya sesuatu yang mengecewakan jika hubungan seks tidak kesampaian gara-gara pasangan kepenatan akibat kurang tenaga.

Bagi memastikan hubungan intim tidak tergendala atas sebab ini senaman tubuh yang bertepatan perlu dipraktikkan. Bagi mendapatkan kesan yang maksimum, fokuskan terus senaman yang dilakukan kepada otot atau bahagian tubuh yang bersangkutan dengan aktiviti seks. Berikut adalah senaman untuk wanita yang boleh dilakukan untuk menguatkan otot-otot sekitar vagina.
Senaman Yang Meningkatkan Kepuasan Seks
1) Senaman Kegel - salah satu cara untuk memastikan otot vagina memberi ‘cengkaman’ yang kuat ketika hubugan intim adalah dengan mengamalkan latihan kegel. Latihan ini mampu meningkatkan keanjalan otot vagina.
Latihan kegel sangat mudah, ia boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa sekalipun. Caranya adalah ketika duduk tahan otot vagina seperti anda sedang menahan air kencing. Tahan selama tiga saat dan lepaskan. Ulangi gerakan ii sebanyak 10 kali.
2) Senaman Otot Paha – Latihan untuk mendapatkan otot paha yang kuat perlu kerana sesetengah posisi hubungan seks memerlukan kekuatan otot tersebut. Otot bahagian peha boleh dimantapkan dengan melakukan gerakan senaman seperti aerobik.
Selain itu jogging atau lari juga boleh dilakukan. Senaman ini sebaiknya dilakukan dengan teratur iaitu tiga kali seminggu selama 30 minit.
3) Senaman Otot Pinggul – Ia bertujuan untuk melancarkan peredaran darah kebahagian rongga pinggul. Konstraksi otot pinggul penting dalam situasi orgasma. Ketika merasa terangsang, jantung akan mengepam darah lebih pantas ke bahagian pinggul.
Bila darah yang masuk kebahagian tersebut makin banyak maka dinding vagina akan menjadi lebih tebal dan tubuh wanita lebih bersedia untuk mencapai orgasma.
Cara senaman yang paling elok untuk memperkuatkan otot pinggul adalah dengan berbaring dan kedua siku menyangga badan tapi pastikan badan tidak diletakkan pada lantai. Rapatkan kaki dan luruskan. Halakan kaki anda ke atas membentuk sudut 30 darjah tanpa membengkok lutut. Tahan kaki anda selama 6 saat dan ulangi sebanyak 8 kali.
4) Senaman Otot Punggung – Kekuatan otot atau bahagian punggung perlu kerana ada kalanya posisi ketika melakukan hubungan intim memerlukan anda mengangkat bahagian punggung. Otot punggung yang kuat membolehkan anda bertahan hingga beberapa lama untuk memberi kenikmatan pada pasangan.
Amalkan langkah berikut untuk mendapatkan otot punggung yang kuat. Berdiri tegak dengan kaki terbuka. Genggam’dumb bell’ seberat 2 kilo pada setiap tangan dibelakang punggung.
Perlahan-lahan turunkan punggung dengan membengkokkan lutut. Tahan selama 8 saat dan berdiri semula. Ulang gerakan ini hingga 10 kali. Selain amalkan juga seperti berenang dan berjogging untuk memperkuatkan otot punggung.
Tolong Dermakan Klik Nuffnang Anda Dibawah...Terimakasih

0 comments:

Catat Ulasan