6 Cara Menambah Bilangan Sperma

14 Okt 2012 0 comments
Artikel blog post pada minggu ini saya ingin kongsikan sesuatu yang boleh dikatakan agak serius jika tidak diambil berat hal ini. Ianya berkaitan mengenai kesuburan kaum Adam atau lelaki. Hah, adakah anda bro-bro di luar sana benar-benar yakin yang diri anda tu subur? :-) Kesuburan seseorang lelaki itu dipengaruhi oleh kuantiti dan kualiti sel sperma yang dihasilkan di testis.Satu petanda yang mudah untuk kita lihat jika sepasang suami-isteri itu mengalami masalah kesuburan ialah dengan melihat kemampuan mereka untuk menimang cahaya mata. Bayangkan setelah setahun lebih anda berkahwin tapi anda masih gagal hamil (bagi isteri). Adakah ianya disebabkan oleh si isteri?
Tak semestinya. Kaum lelaki turut ada risiko untuk mengalami masalah ketidaksuburan. Bayangkan jika setelah anda lakukan ujian kesuburan di hospital dan doktor mengesahkan anda (suami) tidak subur! Bilangan sperma anda tak cukup atau tidak sihat dalam kata lain.
Usah risau, dalam artikel ini, saya kongsikan bersama anda 6 cara bagaimana anda boleh menambah bilangan sperma anda.
  • Tingkatkan pengambilan makanan kaya dengan unsur zat besi (zinc). Contoh makanan yang tinggi kandungan zinc ialah tiram. Selain itu banyakkan memakan daging kambing, lembu, kekacang dan majerin sunflower. Satu lagi jenis makanan yang tidak kurang pentingnya juga ialah tomato. Tomato mengandungi unsur lycopene yang mampu meningkatkan bilangan sperma.
  • Amalkan pemakanan vitamin dan herba yang boleh meningkatkan penghasilan sperma. Contohnya seperti vitamin C dan E di mana ianya mampu meningkatkan keupayaan sperma untuk berenang dan bergerak. Bagi herba pula anda boleh pergi ke kedai farmasi dan cari suplemen yang kaya dengan maca, ginkgo biloba, muira puama atau horny goat weed (epimedium).
  • Lakukan Senaman Kegel. Senaman Kegel ialah senaman bagi mengemut otot PC anda (otot ketika anda tahan kecing). Ianya mampu bukan sahaja menambahkan isipadu pancutan sperma malah dapat juga memberi kemampuan anda menahan dan mengawal pancutan ari mani anda ketika bersama isteri.
  • Pastikan anda setiasa terhidrasi. Maksudnya, banyakkan meminum air kosong bagi mengelakkan sel-sel dalam badan anda kering. Minumlah sekurang-kurangnya 6 gelas air kosong sehari. Elakkan meminum kopi yang banyak kerana ianya akan membuatkan sel-sel sperma anda ter-dehidrasi iaitu kehilangan air dalam sel.
  • Kerapkan lakukan hubungan intim bersama isteri anda. Ya, memang apa yang anda baca ini benar. Anda perlulah banyakkan hubungan intim bersama isteri anda untuk meningkatkan lagi kebarangkalian agar persenyawaan sperma anda dan ovum isteri anda boleh berlaku. Sel sperma hanya mampu bertahan dan subur setiap 24-36 jam sekali. Selepas tempoh masa tersebut, sel-sel sperma akan ‘dikitar semula’ dan akan menghasilkan semula sel-sel sperma yang baru di mana ianya akan mencapai tahap kematangan 24-36 jam seterusnya.
  • Rajin bersenam. Tak perlu anda menjadi seperti seorang atlet atau pemain bola sepak bertaraf dunia. Hanya sekadar berjogging pun sudah memadai. Senaman mampu meningkatkan kadar pengaliran darah ke bahagian zakar anda serta meningkatkan tahap testosterone. Apa yang pastinya, senaman ialah baik untuk kesihatan seks anda.
Demikianlah beberapa tips yang boleh anda cuba amalkan dalam meningkatkan tahap kesuburan anda sebagai seorang lelaki. InsyaAllah, dengan usaha yang betul dan doa yang tidak putus-putus, anda mampu juga menimang cahaya mata seperti yang anda idam-idamkan.
Untuk lebih banyak lagi panduan dan tips dalam meningkatkan tahap kesuburan lelaki, anda boleh layari laman web LelakiSubur.Com ini. Klik sini untuk lebih lanjut. Terdapat satu panduan lengkap yang mampu memberi anda panduan langkah-demi-langkah bagaimana anda boleh tingkatkan kesuburan anda.
Jangan lupa untuk Share kan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook atau dimana-mana ya jika anda rasakan ianya bermanfaat. Hanya klik butang Share berwarna biru di bawah artikel ini.

Tak Puas Seks Punca Keretakkan Rumahtangga

11 Okt 2012 0 comments
Tahukah anda bahawa kegagalan mencapai kepuasan seks (di kalangan para isteri terutamnya) merupakan punca utama yang boleh menyebabkan keretakan rumahtangga di Malaysia ini. Walaubagaimanapun, kebanyakkan pasangan suami-isteri di Malaysia ini memilih untuk merahsiakan perkara daripada umum. Mereka diam-diam je.Ketua Klinik Kesihatan Lelaki Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Prof. Madya Saiful Bahari berkata, masalah masalah ejakulasi pramatang yang dihadapi kebanyakan lelaki merupakan masalah utama namun kaum itu lebih suka berdiam diri daripada mencari jalan penyelesaian.Katanya, hasil kaji selidik yang dijalankan mendapati kaum lelaki menganggap perkara tersebut adalah sesuatu yang bersifat taboo dan perlu dipendam.

Jelasnya, kaum wanita pula lebih rela menderita daripada membincangkannya secara terbuka untuk menjaga perasaan pasangan masing-masing.
“Saya pernah berjumpa dengan pasangan yang sudah berkahwin selama empat tahun tetapi tidak pernah mendapat kepuasan seks ekoran suami yang gagal mengawal diri ketika hubungan kelamin sehingga mencapai ejakulasi terlalu awal.
“Malah ada yang gagal bertahan walaupun untuk satu minit menyebabkan isteri yang mempunyai kepuasan seks yang lebih tinggi kecewa sehingga mendorong kepada berlakunya krisis dalam hubungan antara pasangan,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Menurut Saiful, masalah tersebut hanya boleh dikawal melalui minda masing-masing ketika menjalin hubungan namun ramai yang gagal dalam proses tersebut.
Jelasnya, ia boleh diatasi melalui hubungan kelamin yang kerap antara pasangan tetapi dengan faktor komitmen terhadap kerja masing-masing perkara tersebut seolah-olah sesuatu yang ‘mustahil’.
Berikut merupakan beberapa kajian dan fakta yang patut kita sebagai bakal menjadi suami atau isteri renung-renungkannya:
Sebuah kajian yang bertajuk Kajian Ejakulasi Pramatang, Persepsi dan Sikap (PEPE), hampir 29% rakyat Malaysia berumur 19-60 tahun mengalami masalah ejakulasi pra-matang tersebut. Menurut kajian tersebut lagi, jumlah itu akan meningkat pada masa akan datang sekiranya kaum lelaki gagal melakukan hubungan seks secara kerap dan menyihatkan (boleh tahan lebih lama atas ranjang).
Pertubuhuan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan bahawa 25-33% kaum lelaki mengalami masalah tersebut malah kebanyakkannya mencapai ejakulasi terlalu awal dan di luar kawalan.
Menurut kamus perubatan, ejakulasi pra-matang adalah tahap orgasma terlalu awal yang dicapai oleh seseorang ketika bersenggama walaupun kedua-dua pasangan mahu ia berlaku lebih lewat lagi.
Jelas beliau lagi, kaum wanita yang mempunyai pengalaman terhadap perkara ini pada pasangan mereka lebih terbuka untuk meluahkan masalah tersebut sekiranya ditemu bual secara peribadi.
“Ia sangat bertentangan dengan kaum Adam yang suka menafikannya walaupun temu bual diadakan secara empat mata.
“Ini adalah perkara biasa bagi kaum tersebut dan jika tidak dikawal ia akan memberi kesan psikologi yang mendalam terhadap mereka dan akan membawa keburukan,” tambah beliau.
Buat bakal-bakal yang bergelar suami tu, dah bersediakan anda untuk memastikan masalah ejakulasi pra-matang ini daripada terjadi ketika malam pertama pengantin anda. Usah risau, anda boleh dapatkan satu panduan lengkap yang boleh memberi anda persediaan yang cukup bagi menghadapi malam pertama anda. Klik sini untuk maklumat lanjut.
sumber

Adakah ‘Lebih Lama’, Lebih Puas?

9 Okt 2012 0 comments
Satu perkara yang perlu anda ingat sebagai pasangan suami-isteri ketika melayari bahtera perkahwinan adalah seks itu memang penting akan tetapi ia bukanlah satu-satunya pengukur kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Ia merupakan pelengkap yang boleh mengeratkan hubungan kasih-sayang anda bersama pasangan serta mengekalkan rasa cinta diantara anda berdua. Akan tetapi, seks tidak boleh dalam yang sama juga anda ambil ringan jika anda tidak mendapat kepuasan melaluinya. Anda tak boleh berdiam diri dan hanya membisu. Dalam artikel ini, saya berkongsi bersama anda berkenaan persoalan adakah lebih lama ketika di ranjang, lebih puas? Tentu anda biasa dengar dengan pendapat, lebih lama jangka masa seks dilakukan bersama pasangan, leibh baik dan puas. Ada yang cakap perlu 30 minit, ada yang kata perlu sekurang-kurangnya 45 minit, malah anda juga pendapatan yang mengatakan lebih daripada sejam. Hakikatnya yang sebenarnya ialah jangka masa yang lama bukanlah kayu pengukur untuk menentukan samada kepuasan seks diantara pasangan suami-isteri dapat dicapai. Mengikut kajian yang dilakukan di US, tempoh masa yang normal untuk seseorang itu tak kira suami atau isteri mencapai kepuasan dalam hubungan seks ialah hanyalah 30 minit. Ya, memang sebenarnya isteri anda pun mampu mencapai kepuasan dan orgasma dalam masa kurang 30 minit. Wanita hanya memerlukan masa 30 minit untuk mencapai orgasma. Jika tidak, ada kemungkinan besar, isteri anda mempunyai sedikit masalah dari segi penerimaan rangsangan seksual atau kedinginan seks. Begitu juga bagi lelaki. Jika si suami tidak mampu berejakulasi kurang dari 30 minit, ada kemungkinan besar dia mengalami masalah seperti mati pucuk. Apa yang penting, bukanlah kuantiti masa yang menjadi keutamaan. Yang penting dalam hubungan seks suami-isteri ialah kualiti dan kepuasan yang dicapai bersama.
Sumber

Faedah Mengetahui Anggota Untuk Bersetubuh

5 Okt 2012 0 comments
bersetubuhFaedah Mengetahui Anggota Untuk Bersetubuh.Apa maksud Anggota untuk bersetubuh?Pasti anda beranggapan dua anggota utama untuk bersetubuh adalah zakar dan faraj.Anggapan itu adalah tidak tepat kerana anggota bersetubuh tidak terhenti kepada dua anggota itu saja. Ia meliputi keseluruhan tubuh badan manusia yang zahir dan yang tersembunyi.Otak dan perasaan adalah juga anggota bersetubuh. Telaga Kalkautsar iaitu istilah yang biasa digunakan oleh orang tua-tua Melayu bagi langit-langit tekak adalah juga anggota bersetubuh.Besi Khursani iaitu istilah yang secara umumnya bermaksud tenaga batin yang berada di dalam badan manusia adalah juga anggota bersetubuh.Pada tubuh badan suami mahupun isteri itu terdapat lubuk-lubuk di mana rangsangan dilakukan sebelum istimta, ketika istimta, semasa jimak dan setelah bersetubuh.Ini termasuk juga penglihatan dan pendengaran, lubuk- lubuk keghairahan seperti telinga, mulut, kerongkong, tengkuk, celah peha, daging manis di pinggang, puting payudara, ibu jari kaki dan lainnya termasuk zakar dan faraj.

Maka jika dianggap bahawa hanya zakar dan faraj saja sebagai anggota bersetubuh  ia adalah anggapan yang sempit.Mengetahui anggota bersetubuh mempunyai faedah yang besar. Dengan itu akan dapat difahami akan tugasnya dalam menjayakan bersetubuh yang berkesan. Sifat-sifat anggota bersetubuh dan kaedah bagaimana ianya boleh dirangsang dan merangsang perlu diketahui agar suami boleh memberikan kenikmatan dan inzal kepada isteri. Isteri pula mampu melayani suami dengan baik.Seksologi Barat membincangkan mengenai anggota jimak/bersetubuh dari sudut moden. Namun begitu ada antara anggota jimak tidak menjadi fokus di Barat dan hanya diketahui oleh Islam atau masyarakat Timur.Beberapa contoh ialah Makam Yang Lima, fungsi dan kelebihan Biji Zakar, fungsi dan kelebihan Urat Jarum, kaedah- kaedah rangsangan Istimta’ yang bertertib serta penuh rahsia, Tiga Lubuk Nafsu, Rahsia Peredaran Mani (Nafsu) menurut Islam dan sebagainya.Pengetahuan yang agak terperinci mengenai hal ini menjadi asas bagi menjayakan jimak dengan berkesan tanpa menyakiti perasaan pasangan. Faktor ini penting kerana jimak bukanlah bertujuan bagi memuaskan syahwat diri semata-mata.Nafkah batin perlu diberikan dengan baik, lemah lembut dan bertertib serta sesuai dengan masa dan tempatnya. Seperti kata orang tua-tua Melayu nafkah batin itu seolah-olah mencari lauk-pauk kepada isteri, pertamanya perlu diketahui kesukaannya, keduanya perlulah dirancang agar tidaklah hanya mencari lauk yang serupa setiap hari kerana ia menjemukan.
sumber

Posisi Hubungan Seks Ketika Hamil

28 Sep 2012 0 comments
Ramai yang memandang semacam bila seorang wanita bersuamikan lelaki muda. Pelbagai tanggapan termasuklah si lelaki diguba-gunakan, tak kurang juga berkata si suami hanya berkehendakan harta. Tanggapan serong ini mungkin lebih hebat lagi jika masyarakat melihat beza usia si antara keduanya agak jauh misalnya lebih 10 tahun.

Keputusan mengahwini wanita yang lebih berusia sering kali dilihat seperti ‘udang di sebalik batu.’ Begitu ramai gadis di luar sana tapi mengapa wanita berusia jadi pilihan hati. Bukankah pilihan wanita muda lebih berbaloi, cantik dipandang dan sedap pula bila dalam pelukan.

Tapi jangan sangka semua kelebihan hanya berpihak pada wanita muda saja kerana wanita berusia juga tidak kurang hebatnya. Dalam urusan seks, punya isteri yang lebih berusia ternyata mempunyai keistimewaan tersendiri. Tak percaya, semak perkara di bawah ini.

1. Lebih menikmati seks
Wanita yang lebih tua sering kali lebih terbuka dalam masalah seks. Mereka juga lebih menikmatinya daripada wanita muda. Berdasarkan beberapa kajian, puncak tenaga seksual wanita dicapai pada usia pertengahan 30-an hingga 40-an.

Hasrat seks ini akan lebih besar jika wanita itu sudah memiliki karier yang bagus dan mapan secara kewangan. Wanita berusia ini dikatakan merupakan pasangan seks yang tepat bagi lelaki muda yang hasrat seksnya cukup tinggi pada usia muda.

2. Lebih bijak dan positif
Melalui pengalaman, isteri yang lebih berusia memiliki pandangan dan sikap yang lebih positif serta lebih bijak daripada gadis muda yang baru mengenal dunia. Sikap ini sangat menguntungkan lelaki muda yang sedang berkobar-kobar semangatnya mengejar impian.

Mereka memerlukan seseorang untuk mendengar harapan, pandangan serta memberi simpati dan sokongan ketika dia berdepan dengan kegagalan.

3. Lebih menghargai cinta
Pertambahan usia selalu mengingatkan seseorang betapa dekatnya mereka dengan saat akhir dalam hidupnya. Keadaan ini membuatkan isteri yang lebih berusia makin menghargai kehidupan dan setiap perkara yang dilaluinya.

Mereka juga akan lebih menghargai cinta yang diberikan pasangannya apa lagi jika usianya lebih muda. Dia akan membalasnya dengan sepenuh hati. Biasanya wanita muda tidak punya fikiran yang sama, mereka takkan dapat membalasnya seperti wanita yang lebih matang usianya.

4. Punya pengalaman luas
Tidak dinafikan isteri yang lebih berusia terutama sekali pernah melalui alam perkahwinan sebelum ini lebih mahir dalam aspek layanan seks untuk suami. Kelebihan ini memang tidak boleh dipertikaikan.

Pengalaman lalu tentunya mengajar isteri ini memberi layanan yang lebih mantap pada suami. Setelah mereka tahu apa yang suami inginkan, termasuklah dalam hal pemanasan dan cara untuk memberi kepuasan seks yang lebih pada suami. Maka beruntunglah lelaki yang memiliki isteri berusia.
Sumber : Mingguan Wanita

Maksud Gaya Tidur Suami Anda

21 Sep 2012 0 comments
Gaya seseorang tidur boleh menceritakan serba sedikit tentang perwatakan dan kemahuannya. Bagi para isteri, di sini diberikan sedikit panduan apakah maksud gaya tidur suami anda dan apakah kemahuannya dalam hubungan suami isteri berdasarkan gaya tidur tersebut. Semoga tip ini dapat menambahkan lagi kemesraan hubungan suami isteri.

Meniarap (Facedown)
Personalitinya: Lelaki ini suka mengawal. Menurut penulis buku "Sleep Positions: The Night Language of the Body" , Samuel Dunkell, MD, "menutup tilam dengan badannya merupakan cara lelaki tersebut mengawal ruang tidurnya". Gaya tidur sebegini juga menunjukkan bahwa lelaki tersebut mempunyai kemahuan yang kuat. Patti Wood, penulis buku "Success Signals: A Guide to Reading Body Language" menggambarkan lelaki yang tidur dengan gaya menelangkup sebagai seorang yang mempunyai kemahuan yang kuat, fokus, dan bertindak berdasarkan target atau tujuan.

Kemahuan Seks: Lelaki yang suka tidur meniarap biasanya berfikiran tradisional di mana mereka agak konservatif dan hanya mahukan tugas batin dilaksanakan agar dia dan pasangan mendapat kepuasan. Kebiasaanya, lelaki ini hanya memilih melakukan seks dengan posisi yang sama yang memberi kepuasan kepada diri dan pasangannya. Mereka tidak kreatif dalam mencuba posisi seks baru. Untuk menyegarkan hubungan intim suami isteri dan menghilangkan kebosanan kerana rutin yang sama, apa yang anda sebagai isteri boleh lakukan ialah sesekali memberi kejutan kepada suami dengan cara memulakan adengan intim atau memilih posisi yang berlainan atau baru.

Selalu Menggerakkan badan di dalam Tidur (Thrashing Around)
Personalitinya: "Kebiasaannay manusia normal menggerakkan badan 35 kali semasa tidur waktu malam. Pergerakan yang berterusan menunjukkan lelaki tersebut berada di dalam tekanan kerana apabila sesorang stress, otak akan megeluarkan hormon yang meyebabkan badan sentiasa berada di dalam keadaan berwaspada. Oleh sebab itu, untuk mengurangkan memastikan badan dapat betul-betul berehat dan dalam keadaan relax, senaman amat baik kerana ia dapat mengurangkan tekanan dan sakali gus mengurangkan pengeluaran hormon semasa tidur", kata Dr. Dunkell.

Kemahuan Seks: Apabila lelaki stress, mereka akan samada mahukan banyak hubungan intim, atau tidak mahu kan seks langsung. Sekiranya suami anda jenis pertama, lakukan seks segera (quickie) kerana seks marathon atau panjang tidak akan membantunya untuk mendapatkan rasa relax. jika suami anda jenis yang kedua, jangan memaksanya untuk melakukan seks. Sebaliknya tawarkan untuk mengurut badannya.

Tidur Mengiring (On His Side) 
Personalitinya: Tidur mengiring merupakan posisi yang paling biasa ditemui. Lelaki yang suka tidur mengiring biasanya jenis yang santai dan mudah bertolak-ansur. Lelaki ini juga sensitif dan sukakan atau utamakan keselesaan.

Kemahuan Seks: Lelaki yang sensitif biasanya pentingkan perasaan . Oleh itu, pemanasan (foreplay) penting untuk menaikkan rasa ghairahnya dan lakukan foreplay yang lama seperti mengurut badannya dengan minyak sebelum perlahan-lahan menyentuh bahagian-bahagian sensitifnya.

Tidur Terlentang (On His Back)
Personalitinya: Gaya badan yang terbuka menunjukkan lelaki yang suka tidur terlentang ialah seorang yang yakin dengan diri sendiri dan optimistik. Perhatiakn di mana dia letakkan tangannya. Jika tangannya diletakkan di belakang kepalanya, lelaki ini merupakan seorang yang mempunyai beberapa keburukan. Kebiasaannya, mereka yang tidur terlentang ialah seorang yang suka bergaul dan suka menjadi perhatian orang.
Kemahuan Seks: Lelaki yang suka tidur terlentang menggemari hubungan seks yang bertenaga dan menghairahkan. Antara posisi yang digemari ialah posisi doggie-style dan missionary. Mereka juga suka menguasai permainan seks itu.
Sumber: http://www.cosmopolitan.com/

Download ebook percuma bagaimana memuaskan pasangan disini http://tinyurl.com/bpuxh6c

12 Titik Erotis Yang Akan Menaikkan Ghairah Seks Pasangan Wanita

20 Sep 2012 0 comments
12 titik erotis pada wanita
Jika anda menduga bahawa titik erogen (erotis) di tubuh wanita hanya itu-itu saja, maka anda salah besar! Ada berbagai titik yang akan menyalakan ghairah pasangan anda, asal anda tahu bagaimana menyalakannya. Nah, disini ada sedikit tip-tip hubungan suami isteri dimana 12 titik erotis yang akan menaikkan ghairah seks pasangan wanita  anda . Silahlah pelajarinya!

1. Kepala (Sensitivitas: 3/5)
Cuba picik kepalanya, jalankan jari anda di kepalanya, atau tarik dengan lembut, hal ini akan membuat dia merasa nyaman. Sesekali cuci rambutnya, cara ini akan membangkitkan gairahnya!
                 
2. Telinga (Sensitivitas: 4/5)                                                        
Jalankan lidah anda di sekitar bagian luar telinganya, jilat, gigit2 mesra, atau gunakan bibir anda untuk meng’gigit’ bagian tadi, tidak mungkin anda tidak akan membakar dia secara langsung! Hindari lidah anda di bagian dalam telinga, cukup luarnya saja, hal ini akan membuatnya tidak tahan ingin segera bersma anda!

3. Bibir (Sensitivitas: 3/5)
Biarkan bibir anda menyentuh bibirnya dengan lembut, jika anda sedang garang, tidak ada salahnya juga anda melakukan serangan agresif, asal ingat, jangan terus menerus, kecup lembut bibirnya, dan anda akan membuka pintu gerbang yang tidak akan mahu ditutupnya lagi!

4. Leher (Sensitivitas: 3/5)
Bahagian sempurna untuk anda jelajahi dengan berbagai cara, hisapan, ciuman, gigitan mesra dengan bibir, atau jilatan kecil menggoda. Cuba mainkan lidah anda mulai dari leher sampai ke daerah antara bibir dan telinga dia!

5. Payudara (Sensitivitas: 4/5)
Daerah ini tentunya selain menggoda anda, juga sangat menggoda bagi dia. Daerah ini dapat anda bakar dengan berbagai macam cara, dan berbagai macam media, baik jari, gigi, lidah, bibir, bahkan alat kelamin anda. Pada saat berhubungan pun, gerakan meramas dengan lembut akan sangat menarik dan
menyenangkan bagi dia.Kerana daerah ini sangat sensitif, ada baiknya anda ekstra hati-hati, jika dia mulai menunjukkan rasa tidak nyaman, segera kurangi intensitas serangan anda di daerah tersebut.

6. Lengan (Sensitivitas: 2/5)
Jalankan jari anda, mulai dari daerah siku, menuju ke ketiak, jalankan dengan lembut dan jangan lupa, pada saat perjalanan, sentuh juga bagian luar payudara dan pinggangnya!

7. Perut (Sensitivitas: 4/5)
Kecup dan buat jalur dengan lidah anda, dari daerah dada sampai ke arah alat kelaminnya. Semakin lama dan semakin lembut kecupan dan permainan anda di daerah ini, dia akan semakin haus sentuhan anda. Tips kecil: lekukan di pinggang wanita sangat sangat sensitif!

8. Kaki (Sensitivitas: 2/5)
Daerah ini dipenuhi ujung syaraf yang siap menerima kecupan, jilatan, sentuhan dan belaian anda! Daerah paha dalam dan belakang lutut adalah daerah yang tidak mungkin ingin ditutupnya lagi jika anda tahu bagaimana memainkan jemari dan lidah anda dengan seksi. Sekali lagi buat jalur dari lutut kiri ke lutut kanan dengan lidah anda, dan buat lingkaran2 kecil pada saat membuat jalur tersebut. Jangan lupa, bonus ‘tidak sengaja’ menyentuh dengan lembut daerah kelamin-nya, yang akan membuat dia benar-benar pasrah dan tidak akan mahu anda berhenti bergerak.

9. Telapak kaki (Sensitivitas: 2/5)
Dengan memijat lembut telapak kaki atau gelitik telapak kakinya, dan jika anda mahu, hisap jempol kakinya, boleh dipastikan dia akan segera meleleh.

10. Punggung (Sensitivitas: 2/5)
Wanita suka sekali dan cinta sekali dipijat! Picit punggungnya dengan lembut dan lepaskan semua ketegangan dari badannya, dan terkadang beri kecupan yang akan membuat dia segera menggeliat ingin memeluk anda.

11. Pantat (Sensitifitas: 2/5)
Daerah ini, ternyata memilki banyak sekali ujung syaraf terbuka yang akan membuat wanita mengerang penuh kenikmatan. Ramas lembut, gigit lembut, kecupan manis atau bahkan tepukan lembut di pantatnya akan membuat dirinya terbakar gairah!

12. Alat Kelamin (Sensitifitas: 5/5)
Tentunya, tidak harus dicari lagi. Sudah jelas bahwa area ini sangat sensitif, setiap lipatan, bahagian dan dinding alat kelamin wanita adalah bagian yang dapat anda eksplorasi dengan lembut, baik dengan jemari atau lidah anda, dan dijamin, di manapun kecupan bibir anda mendarat, di saat itulah desahan akan terlepas dari mulutnya.

Sekian serba sedikit tip-tip,selamat bereksplorasi, gunakan keahlian dan kelembutan anda untuk menjelajahi titik-titik tersebut dan saatnya memuaskan isteri anda di ranjang.

Download ebook percuma bagaimana memuaskan pasangan anda disini http://tinyurl.com/c76xfmj