Home » » Tip Ibu Mengandung: Mengatasi Sembelit Ketika Hamil.

Tip Ibu Mengandung: Mengatasi Sembelit Ketika Hamil.

22 Apr 2014 0 comments
Kebiasaanya, wanita mengandung mudah mengalami sembelit. Kadang-kadang jika tidak diatasi sembelit ini ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih parah.

Kemungkinan besar wanita hamil ini boleh menyebabkan buasir.

Kenapa mudahnya terjadi sembelit bagi wanita mengandung?

Ada banyak faktor sebenarnya. Tetapi disini kita akan membincangkan 2 faktor sahaja iaitu pemakanan dan supplement.

Bagi wanita yang hamil, perlu dielakkan untuk mengambil makanan yang pedas dan makanan yang berjenis ‘fast-food’. Makanan-makanan ini semua akan menyebabkan najis menjadi keras kerana dalam makanan tersebut tiada serat yang mengandungi air.

Najis yang keras inilah mencetuskan sembelit buat ibu mengandung.

Selain daripada pemakanan, terdapat juga supplement yang diambil ibu mengandung boleh menyebabkan sembelit. Contoh supplement yang menyebabkan sembelit adalah ferrous fumarate.

Ferrous fumarate ini sebenarnya bertindak sebagai zat besi bagi mengatasi ibu yang mengandung mengalami kekurangan sel darah merah.

Namun, disebalik kebaikkan yang diberikan oleh ferrous fumarate terdapat juga kesan sampingan yang tidak diingini. Dan sembelit adalah punca atau kesan daripada pengambilan ferrous fumarate ini.

Dipetik daripada Ebook Panduan Kesihatan Ibu Hamil, untuk mengatasi masalah ini adalah ibu mengandung dinasihatkan untuk meminum air paling kurang 7 gelas sehari.

Selain daripada itu, ibu mengandung juga dinasihatkan untuk mengambil buah-buahan yang mengandungi serat yang banyak seperti pisang.

Dalam Ebook Panduan Kesihatan Ibu Hamil ada menjelaskan cara bagaimana mengatasi pelbagai masalah yang biasanya ibu mengandung alami.

Bukan itu sahaja, Panduan ini juga membincangkan bagaimana ibu mengandung dapat mengatasi masalah-masalah ketika hamil.
Sumber dipetik daripada : http://bit.ly/j39h9F
Tolong Dermakan Klik Nuffnang Anda Dibawah...Terimakasih

0 comments:

Catat Ulasan