Home » » Hubungan Seks Menurut Islam

Hubungan Seks Menurut Islam

31 Mei 2013 0 comments

Alam perkahwinan merupakan kemuncak bagi kehidupan seorang lelaki dan perempuan lebih-lebih lagi semasa masih muda dan perawan.Islam menggalakkan umatnya untuk berkahwin bagi menyempurnakan kehidupan di dunia ini.Datangnya Islam membawa rahmat bagi kaum Adam dan Hawa dan saling melengkapi di antara dua jantina yang berbeza.
Kasih sayang di antara lelaki dan perempuan merupakan satu perasaan yang susah untuk digambarkan dan berbeza di antara individu.Alam perkahwinan merupakan saat yang sangat indah bagi manusia lebih-lebih lagi bersama pasangannya yang dicintai.Suasana romantik,kasih sayang,saling memahami antara satu sama lain dan cinta sejati tidak dapat dipisahkan ketika melalui kehidupan bersama pasangan masing-masing.
Islam menjaga dan mengambil berat tentang halal dan haram dalam semua aspek kehidupan termasuk makan,minum,pakaian,harta dan juga hubungan seks.Hubungan seks yang halal hanya dapat diperolehi selepas berlakunya akad yang sah semasa perkahwinan.Perkahwinan merupakan kemuncak kehidupan manusia untuk meramaikan zuriat dan juga merupakan kesinambungan zuriat seseorang sehingga hari kiamat.
Islam juga telah mengariskan beberapa adab ketika ingin melakukan hubungan bersama isteri.
Di antara adab-adab semasa ingin melakukan hubungan seks ialah:
1- Berdoa ketika melakukannya bersama isteri tercinta.
Disunatkan membaca doa ketika melakukan hubungan seks bersama isteri.
بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
( Dengan nama Allah,Jauhkanlah kami dari syaitan,dan jauhkanlah syaitan dari anugerah (anak) yang engkau kurniakan kepada kami.)
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi:
فَإِنَّهُ إِنْ يُقَدَّرْ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ في ذلك لم يضرّه الشيطان أَبَدًا
(Apabila Allah mentakdirkan keduanya mendapat anak,maka anak itu tidak akan mendapat kemudharatan dari syaitan selama-lamanya.) Hadis riwayat Bukhari dalam Kitab Sahihnya (9/187).
2- Cara melakukan hubungan seks dengan isteri.
Islam membolehkan si suami untuk melakukan hubungan seks dengan isterinya melalui arah vagina (faraj) atau mana-mana arah dan cara sesuai dengan keinginan,kehendak dan keselesaan pasangannya sepertimana firman Allah Ta’ala:
نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ
(Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk tanammu itu sebagaimana yang kamu kehendaki.) (Surah Al-Baqarah:223)
Berdasarkan dari pemahaman ayat di atas,hubungan seks hanya dapat dilakukan melalui vagina perempuan
dan bebas untuk memilih posisi yang dikehendaki untuk kepuasan suami isteri.
Permasalahan ini banyak diterangkan di dalam beberapa hadis seperti yang telah diriwayatkan oleh Jabir r.a,katanya:( Orang-orang Yahudi mengatakan:” Jika seorang suami menyetubuhi isterinya melalui arah duburnya,maka anak yang dikurniakan matanya akan menjadi juling”.
Lalu turunlah ayat:
نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ
(Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk tanammu itu sebagaimana yang kamu kehendaki.) (Surah Al-Baqarah:223)
Dalam permasalahan ini Rasulullah s.a.w telah menjelaskan dalam sabdanya:
مُقْبِلَةً وَمُدْبِرَةً إِذَا كَانَ ذَلِكَ فِي الْفَرْجِ
( Boleh dari depan dan belakang sekiranya pada farajnya (bukan pada duburnya).)Hadis Riwayat Bukhari:(8/154)
Telah diriwatkan oleh Ibnu Abbas,katanya:”Suatu ketika dahulu,negeri ini adalah negeri kaum Ansar.Mereka masih menyembah berhala dan juga mendampingi ahli kitab.Kaum Ansar mengangap orang Yahudi lebih utama dan banyak keilmuannya berbanding mereka (kaum Ansar) sehinggakan mereka banyak meniru tingkah laku kaum Yahudi.Di antara amalan mereka (Ahli Kitab) ialah,mereka tidak mendatangi isteri-isteri mereka kecuali dalam keadaan miring kerana cara ini lebih menutupi bahagian tubuh wanita.
Kaum Ansar yang tinggal di negeri ini meniru perbuatan mereka,sedangkan negeri ini adalah negeri kaum Quraisy yang mana mereka mendatangi isteri-isteri secara mungkar,di mana mereka mendatangi isteri-isteri mereka dari arah depan,belakang dan secara bersandar.Ketika mana datangnya orang Muhajirin ke Madinah,salah seorang dari mereka telah berkahwin dengan wanita Ansar lalu mendatanginya dengan cara orang Quraisy,maka isterinya enggan menurut caranya (posisi),lalu berkata:”Sesungguhnya kami melakukan dalam posisi mengiring,jika kamu ingin melakukan hubungan dengan saya,ikutlah posisi tersebut,dan jika kamu enggan,jauhilah saya.”
Perkara tersebut telah menjadi permasalahan yang besar dan beritanya telah tersebar sehinggalah ke pengetahuan Rasulullh s.a.w lalu turunlah ayat :
نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ
(Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk tanammu itu sebagaimana yang kamu kehendaki.) (Surah Al-Baqarah:223)
Maksudnya;”Datangilah isteri-isteri kamu samada dari depan,belakang atau miring asalkan dari farajnya iaitu tempat lahirnya anak”. Hadis Riwayat Abu Daud (1/377),Al-Hakim (2/195,279),Al-Baihaqi (7/195).
3- Haram menyetubuhi isteri dari duburnya.
Berdasarkan kesimpulan hadis di atas,dapatlah kita fahami bahawa haram hukumnya mendatangi isteri melalui duburnya.Terdapat juga beberapa hadis yang melarang suami mendatangi isteri malalui duburnya,antaranya ialah:
1- Hadis riwayat Ummu Salamah r.anha katanya :
“Ketika kaum Muhajirin tiba di Madinah (kota kaum Ansar),banyak di antara merka telah berkahwin dengan wanita Ansar.Kaum lelaki Muhajirin mendatangi mereka dalam keadaan merangkak atau duduk,sedangkan kaum Ansar tidak biasa dengan posisi tersebut lalu wanita Ansar enggan menurut cara meraka sehinggalah mendapat keterangan dari Rasulullah s.a.w.Kemudian wanita itu datang menemui Rasulullah s.a.w dan malu untuk bertanya,lalu Ummu Salamah r.anha mewakilinya untuk bertanya kepada Rasulullah s.a.w,maka turunlah ayat:
نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ
(Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk tanammu itu sebagaimana yang kamu kehendaki.) (Surah Al-Baqarah:223)
Kemudian Rasulullah s.a.w berkata :
لا إلا في صمام واحد
” Tidak boleh,kecuali pada farajnya”. Hadis Riwayat Imam Ahmad (6/305,310-318)
2-Hadis Riwayat Ibnu Abbas katanya:
“Umar bin al-Khattab datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata:”Wahai Rasulullah,celakalah saya!,lalu Rasulullah s.a.w bersabda:” Apa yang telah mencelakakanmu?”,lalu Umar berkata:”Saya telah tergelincir ketika mendatangi isteri dalam duburnya”,lalu Rasulullah s.a.w diam seketika.Maka diturunkan wahyu kepada Rasulullah s.a.w:
نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ
(Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk tanammu itu sebagaimana yang kamu kehendaki.) (Surah Al-Baqarah:223)
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda:
“أقبل وأدبر واتق الدبر والحيضة”
“Dibolehkan dari depan atau belakang,jaganlah pada dubur atau ketika haid”. Riwayat An-Nasai dan Tirmizi dan katanya hadis ini hasan.
3- Hadis Riwayat dari Khuzaimah bin Tsabit r.a berkata:
“Ada seorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullah s.a.w bagaimana sekiranya mendatangi isteri melalui duburnya? Maka Rasulullah s.a.w menjawab:”Halal”. Setelah lelaki itu berlalu,dia dipanggil kembali lalu ditanya kembali oleh Rasulullah s.a.w:”Apakah yang engkau tanyakan sebentar tadi?”,”Pada saluran mana dari dua saluran?,Adakah dari belakang,tapi pada farajnya maka dibolehkan,atau dari belakang tetapi pada duburnya,maka dilarang.Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak malu-malu dalam menerangkan kebenaran.Maka jaganlah kalian mendatangi isteri-isteri pada dubur mereka.” Hadis ini dinilai sahih oleh Ibnu Hibban (1299-1300).
4- Berwuduk jika ingin melakukan hubungan seks lagi.
Jika suami selesai melakukan hubungan seks dengan isterinya dan ingin mengulanginya lagi,dianjurkan untuk berwuduk terlebih dahulu sepertimana yang telah dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:
“إذا أتى أحدكم أهله ثم أراد أن يعود فليتوضأ [بينهما وضوءا] وفي رواية: وضوءه للصلاة فإنه أنشط في العود ”
( Apabila kamu telah selesai mendatangi isterinya dan ingin mengulanginya lagi,maka hendaklah berwuduklah di antara keduanya (hubungan seks) ,dan dalam riwayat lain: Wuduk seperti wuduk solat kerana ianya memberi kecergasan dan mengulanginya lagi”.
Riwayat Imam Muslim (1/171),Dan Ibnu Abi Syaibah dalam kitab Musonnafnya (1/51/2).
5- Mandi Lebih Afdal
Walaupun hadis di atas menganjurkan kepada suami untuk berwuduk ketika ingin mengulanginya lagi,tetapi mandi adalah lebih diutamakan dari berwuduk berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Rafi’ bahawasanya suatu hari Nabi s.a.w telah mendatangi isteri-isterinya pada satu malam.Rasulullah s.a.w mandi setiap kali selesai mendatangi isteri-isterinya.Lalu aku bertanya kepada Rasululah s.a.w:”Mengapa tidak mandi sekali sahaja?”,Baginda s.a.w menjawab:
“هذا أزكى وأطيب وأطهر”
“Cara ini lebih bersih,lebih baik dan lebih suci”.
Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasaie dalam kita I’sratun Nisa’ (1,79).
 Sumber dari:http://www.mohamadazhar.com
Tolong Dermakan Klik Nuffnang Anda Dibawah...Terimakasih

0 comments:

Catat Ulasan